
EMOS PERKENALKAN WARNA, GRAFIK BAHARU UNTUK BARISAN MODEL MODENAS DAN KAWASAKI 2024
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), baru-baru ini mengumumkan barisan model Modenas dan Kawasaki dengan warna serta grafik baharu untuk tahun 2024.

2024 MODENAS Z250 ABS
Z250 ialah model ‘naked’ yang dikuasakan oleh enjin silinder berkembar 35ps, ditempatkan dalam kerangka ‘trellis’.
Ia dibezakan dengan suspensi hadapan 41mm dan merangkumi reka bentuk tandatangan ‘Sugomi’, iaitu ciri khas siri Z.
Skim warna baharu kebanyakannya berwarna kelabu, dilengkapi dengan kerangka hijau metalik, sekali gus memberikan penampilan lebih menarik.
Dengan padanan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey / Ebony Frame Golden Blazed Green, jentera ini boleh dimiliki pada harga bermula RM20,600.

2024 MODENAS Z650 ABS
Model MODENAS Z650 ABS 2024 mengekalkan spesifikasi sama seperti model sebelumnya tetapi ia akan dipadankan dengan warna dan grafik baharu.
Warna baharu, Candy Persimmon Red, turut dipadankan bersama kerangka serta ‘sportrim’ dengan skema warna merah.
Untuk harga pula, ia diberi tanda harga bermula RM35,900.

2024 Kawasaki KX250
KX250, legenda “off-road” terkenal, kini menampilkan warna ‘Lime Green’, menyerlahkan lagi jentera ini ketika menangani laluan paling mencabar.
Kawasaki KX250 2024 kini boleh dimiliki dan dijual dengan tanda harga RM35,000.

2024 Kawasaki KX250X
KX250X juga menerima warna “Lime Green” tetapi perbezaan antara Kawasaki KX250X 2023 dan 2024 ialah grafik pelindung radiator serta warna pelindung suspensi hadapan.
KX250X 2024 bersama warna baharu ini boleh dimiliki pada harga bermula RM35,500.

2024 Kawasaki Versys 1000 SE
Model ini telah direkabentuk semula pada tahun 2021, mengikut konsep “ANY ROAD, ANY TIME”. Ia mempunyai enjin empat silinder,dan pengendalian fleksibiliti yang tinggi, di samping suspensi dikawal secara elektronik, di mana ia dipertingkatkan dengan teknologi “Skyhook” dari SHOWA.
Untuk model 2024, model ini didatangkan dalam skema warna Phantom Silver / Metallic Diablo Black dan grafik baharu tanpa pengubahsuaian pada spesifikasi.
Beralih pada harga pula, ia diberi tanda harga bermula RM81,900.

2024 Kawasaki Ninja 1000SX
Model 2024 yang diperkenalkan kali ini mengekalkan teknologi dan prestasi sama seperti model sebelumnya, tetapi ia menerima kekemasan tiga warna baharu.
Muka hadapan kini memaparkan kemasan hitam premium serta meningkatkan daya tarikan visualnya.
Warna baharu bagi jentera ini ialah Emerald Blazed Green / Metallic Diablo Black / Metallic Graphite Grey dengan tanda harga bermula RM71,400.
Anda kini boleh mendapatkan varian warna dan grafik baharu bagi tahun 2024 di pengedar sah Kawasaki. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi https://modenas.my/v2/ atau http://www.kawasaki.com.my/home
- BACA: EMOS UMUM HARGA RASMI MODENAS VERSYS-X 250 2023, BOLEH DIMILIKI PADA HARGA BERMULA RM24K
- BACA: EMOS LANCAR KAWASAKI Z900 & Z900 SE. METER TFT, SUSPENSI OHLINS, BERMULA RM44K
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: EMOS LANCAR KAWASAKI KX250, KX250X & Z H2 SE. BERMULA RM35K
- BACA: EMOS BUKA PUSAT 4S KAWASAKI ALL STAR DI SHAH ALAM







