
SUPERQUADRO MONO, ENJIN SATU SILINDER PALING BERKUASA DARIPADA DUCATI
Ducati baru sahaja menghasilkan enjin satu silinder bagi kegunaan motosikal keluaran mereka dan enjin Super Quadro Mono ini ialah enjin paling berkuasa yang dihasilkan oleh Ducati. Enjin 659cc ini menggunakan rekaan Quad Valve, tidak mengunakan spring pada sistem injap mereka berupaya menjana 77.7hp pada 9750 RPM
Kuasa ini boleh dinaikkan dengan menggunakan ekzos khas perlumbaan sehingga 85 kuasa kuda. Enjin Superquadro Mono ini boleh diperah sehingga 10,500 RPM merupakan enjin satu silinder yang paling tinggi RPM dalam kelasnya. Ia dihasilkan daripada rekaan enjin 1299 Panigale dan berkongsi beberapa komponen seperti piston, injap dan rekaan kebuk pembakaran.
Antara rekaan yang membenarkan enjin ini diperah pada RPM yng tinggi termasuklah rekaan diameter sebesar 116mm berbanding dengan ukuran lejang yang hanya 62.4mm sahaja. Injap pula akan ditutup dengan menggunakan mekanisme desmodromic
Desmodromic valve system adalah salah satu rekaan yang unik kerana cam lobe bertindak membuka injap, malah bertindak menutup injap pada RPM tinggi dan mengelakkan masalah valve floating. Satu ketika dulu isu valve floating adalah isu yang menghadkan kuasa dan RPM bagi enjin aspirasi normal.
Satu ketika dulu, injap gagal menutup intake valve dengan pantas menyebabkan enjin mudah mengalami kegagalan. Bagi mengatasi masalah ini untuk tujuan perlumbaan, pengeluar enjin memasang satu lagi lobe pada camshaft untuk menutup injap menjadikan spring tidak lagi diperlukan
Tapi bagi enjin Superquadro Mono, spring masih lagi digunakan untuk memastikan injap ditutup ketika enjin dimatikan. Ducati meletakka bahawa enjin ini perlu diservis pada setiap 14,000km dan pemeriksaan injap dilakukan pada setiap 28,000km
Enjin ini juga dipasang dengan 2 shaf pengimbang bagi memastikan getaran yang terhasil pada RPM tinggi tidak mengganggu operasi enjin. Beberapa komponen seperti alternator, klac dan penutup kepala silinder dihasilkan daripada logam magnesium.
Injap kemasukan sebesar 46.8mm pula dihasilkan daripada titanium menjadikan enjin ini sangat ringan biarpun Ducati tidak mendedahkan berat keseluruhan enjin ini.


