
TOYOTA GR SUPRA HYPERBOOST EDITION, KUASA LEBIH 750HP!
Semakin hari semakin banyak Toyota GR Supra ubahsuai dipertontonkan kepada orang ramai. Masing-masing tampil dengan konsep tersendiri dan setakat ini penulis tidak menjumpai lagi hasil yang mengecewakan.
Pada SEMA 2019, penganalisa NASCAR dan pengacara TopGear, Rutledge Wood dan pasukannya tampil dengan GR Supra HyperBoost Edition yang kemas dan bergaya.
Kit badan yang menonjol pada GR Supra ini direka oleh Rick Leos dari Lucky Leos 17 Motorsports.
Kit badan itu diperbuat daripada gentian karbon gred A dengan set berjumlah 20 keping. Ini adalah kit pertama dengan pemasangan bolt-on pada badan kereta seperti kit badan OEM.
Bagi mengurangkan berat, bumbung besi asal diganti dengan panel gentian karbon.
Setelah kit badan siap dipasang, GR Supra ini dihantar untuk kerja mengecat di Quality Autobody North, Austin, Texas.
Warna yang dipilih ialah TRD Cement Grey. Warna kelabu yang juga trend kereta ubahsuai sekarang berjaya menaikkan alunan badan GR Supra ini.
Bagi merapatkan jurang di antara arka roda, rim tiga bahagian (3 piece) Lightspeed Racing dengan lips gentian karbon berukuran 20×10 di depan dan 20×12 di belakang.
Rim lebar itu dipadan bersama tayar Continental ExtremeContact Sport dengan saiz 285/30R20 di depan dan 335/25R20 di belakang.
Kereta direndahkan dengan set suspensi boleh laras KW Automotive V3.
Ubahsuai GR Supra ini turut melibatkan bahagian enjin. Zohair Jaffery dari Boost Logic menggunakan manifold ekzos custom yang menempatkan turbo Garrett GTX3582R di antara shock tower dan enjin.
Set ekzos titanium dan downpipe dari Boost Logic dipasang bagi mengalirkan gas dan asap ke luar.
Hasil pakej ubahsuai pada enjin dan talaan menjadikan angka standard GR Supra meningkat lebih 750 hp.
Dengan kuasa yang meningkat tinggi, daya pembrekan wajib diberi perhatian. GR Supra ini menggunakan angkup Brembo Monoblock enam omboh yang dipadan bersama cakera dua bahagian (2 piece) 380x34mm.
Hasil akhir seperti yang dipertontonkan ini. Sebuah Toyota GR Supra dengan ubahsuai kemas, berkuasa dan bergaya. Spoiler belakang nampak ekstrem tetapi ini adalah Supra, warisan legenda.
BACA: TOYOTA CAMRY KINI DENGAN AWD – SATU KERJA RUMIT!
BACA: TOYOTA HILUX V6 GR RACING. 234HP UNTUK AMERIKA LATIN
BACA: RIWAYAT HIDUP – AKU ADALAH TOYOTA CELICA GENERASI TERAKHIR