,
Buletin

KAPAL KARGO TAOBAO KARAM, PELANGGAN JUALAN 11.11 MUNGKIN TAK DAPAT BARANG

Sebuah kapal kargo yang dipercayai membawa muatan barangan ketika promosi Sale 11.11 karam selepas terlibat dalam satu perlanggaran di perairan Minjiang.

Kapal kargo dari Taiwan itu didakwa sedang membawa barangan daripada TaoBao sebelum dihantar kepada pelanggan. Memetik laporan ETToday dan World off Buzz, sembilan anak kapal berjaya diselamatkan. Manalaka tujuh kru masih hilang dan dua disahkan maut.

Pelanggaran itu juga mnyebabkan lebih 879 tan barang di atas kapal tersebut hilang ke dalam laut.

Insiden  itu membuatkan ramai pembeli mulai bimbang dengan barang pesanan mereka. Malah, lebih 100 individu sudahpun membuat aduan TaoBao supaya duit mereka dipulangkan jika barang gagal diserahkan.

Komen mereka itu kemudian tular di laman sosial. “Pulangkan duit saya jika barang tiada,” tulis @khchee

Juankie pula mengifatkan insiden ini sangat dahsyat dan berharap barang yang dibelinya selamat.  

Biarpun begitu, pihak TaoBao memberi jaminan bahawa pampasan akan dibuat melalui AliPay. Pusat Khidmatan pelanggannya  juga akan menghubungi pembeli untuk memudahkan proses berkenaan.

Ini merupakan insiden pertama yang dialami oleh pihak pengurusan logistik TaoBao.

Tags
Google ads
Back to top button