Buletin

TOYOTA HILUX 2024 TERIMA KEMAS KINI – KAMERA PANORAMIC VIEW DIDATANGKAN SEBAGAI STANDARD, PILIHAN WARNA BAHARU

Toyota baru-baru ini mendedahkan bahawa bakal memperkenalkan Hilux gred Z versi kemas kini bagi pasaran Jepun.

Kemas kini tersebut merangkumi lebih banyak ciri standard dimuatkan dalam model berkenaan termasuk hadir dengan pilihan warna baharu.

Lebih mengujakan, turut disertakan sebagai standard ialah sistem kamera Panoramic View, kamera undur, sistem infotainmen versi kemas kini dengan navigasi.

Selain itu, Toyota telah membuat sedikit perubahan pada pilihan warna di mana ia kini menerima warna Platinum Pearl Mica sebagai pengganti kepada warna Super White II untuk varian Z dan GR Sport.

Di Jepun, Hilux dilengkapi dengan enjin empat silinder pengecas turbo 2.4 liter, menghasilkan 147hp, tork 400Nm dan dipadankan bersama transmisi automatik enam kelajuan.

Toyota Hilux Z yang dikemas kini boleh dimiliki pada harga bermula AS$27,275 (RM128,847).

Google ads
"
"
Back to top button