Buletin

LUCID GUNA MONITOR SAMSUNG 225-INCI ‘THE WALL’ – REKA BENTUK MODEL BAHARU LEBIH MUDAH

Lucid Motors baru-baru ini mendapatkan monitor 255-inci daripada Samsung untuk digunakan mereka bentuk kenderaan baharu, Air Sapphire.

Skrin digelar sebagai ‘The Wall’ itu akan membantu pembuat kereta tersebut mereka bentuk dengan lebih pantas kerana ia sangat besar sehingga boleh memaparkan visual pada skala penuh.

Menurut Samsung, ‘The Wall’ berupaya menunjukkan kenderaan dalam warna sebenar termasuk pemaparan realistik dengan pantulan dan cahaya yang tepat untuk dilihat serta dipertimbangkan oleh pereka.

“The Wall telah merevolusikan cara reka bentuk,” kata pengurus reka bentuk luaran Lucid, Jenny Ha.

“Dengan teknologi ini, kami boleh memvisualisasikan data reka bentuk dengan mudah serta membolehkan kami menilai dengan segera sebarang perubahan pada keseluruhan reka bentuk.

“Saiz dan perincian paparan membolehkan mereka melihat segala-galanya, hingga ke butiran terkecil,” Jelasnya lagi.

Lucid melaporkan bahawa ia menggunakan ‘The Wall’ semasa mencipta Air Sapphire, versi 1,200hp. Model berkenaan mampu mencapai 96 km/j dalam masa kurang daripada dua saat.

Tambah Lucid, ia juga mendapat manfaat daripada tayar baharu, spoiler gentian karbon baharu dan dipadankan bersama warna Sapphire Blue.

Google ads
Back to top button