Artikel Pilihan

TOYOTA HILUX 6X6, DENGAN SISTEM COLDCUT COBRA. DIREKA KHAS UNTUK PADAM API EV

Sebuah syarikat modifikasi yang berpengkalan di United Kingdom telah mengubahsuai sebuah Toyota Hilux dan menambah satu lagi gandar pada kerangka ladder frame. Hilux ini diubahsuai khas bagi memadamkan kebakaran yang melibatkan kenderaan elektrik sepenuhnya.

Walaupun kenderaan dengan enjin pembakaran dalam yang biasa, kebakaran yang melibatkan kenderaan memang agak sukar untuk dipadamkan apatah lagi apabila kebakaran yang melibatkan kereta berkuasa elektrik sepenuhnya yang dihasilkan daripada logam mudah terbakar

Toyota Hilux ini dinamakan sebagai Hiload 6×6 direka khas bagi memadamkan kebakaran EV dengan beberapa peralatan tambahan. Cesi dan trenkuasa Toyota Hilux sememangnya adalah platform yang terbukti lasak dan boleh diharap terutama dalam situasi kecemasan menjadikan ia sebagai platform pilihan Prospeed

Malah platform Toyota Hilux telah diubahsuai dengan memasang beberapa senjata ringan bagi tujuan peperangan di negara Timur Tengah dan juga di Ukrain, dikenali dengan terma Technica. Bagi memuatkan beberapa peralatan khas dan menambah keupayaan membawa beban, maka cesi asal Toyota Hilux ini terpaksa diubahsuai.

Prospeed telah menambah panjang cesi Hilux ini sebanyak 123cm bagi memasang satu lagi gandar dan 2 set roda. Lebih banyak roda, lebih banyak beban yang boleh ditampung oleh cesi ini sehingga 3000kg. Berat keseluruhan Hiload 6×6 ini juga telah meningkat kepada 5640kg

Cesi Hiload ini kemudian dipasang dengan peralatan memadam kebakaran dan juga alat potongan khas Coldcut Cobra yang boleh memotong cesi kenderaan dan pek bateri dengan menggnakan jet air tekanan tinggi (300 bar) dan menyelamatkan mangsa kemalangan.

Kaedah potongan ini berupaya menghalang api daripada terjadi pada pek bateri dan menyebabkan seluruh EV terbakar. Sistem ini telah diuji oleh pihak ketiga dan mendapati sistem Coldcut Cobra boleh menghalang dan mengawal kebakaran EB dengan hanya menggunakan 240 liter air sahaja atau kurang daripada satu tab mandi.

Berbeza dengan jentera bomba konvensional yang besar, Hiload 6×6 merupakan jentera yang kecil dan kompak, berupaya dibawa naik ke parkir bertingkat dengan senang jika keadaan kecemasan memerlukan jentera ini masuk ke parkir bertingkat. Sebagai rekod, jarak antara roda bagi Hiload 6×6 ialah 3270mm dan tinggi maksimum jentera ini ialah 1850mm.

Prospeed ialah syarikat modikasi dengan kepakaran khas dalam membina, mengubahsuai dan menala kenderaan bagi kegunaan sukan permotoran dan jga aplikasi ofroad. Bagi memenuhi regulasi, no cesi asal dikekalkan dan bahagian yang ditambah adalah di belakang no cesi. Tambahan panjang 123cm nini menambah 10% berat keseluruhan cesi

Suspensi depan double wishbone dikekalkan namun beberapa komponen telah ditukar manakala suspensi belakang adalah rekaan baru sepenuhnya. Suspensi depan dan belakang menggunakan air suspension dengan load sensor bagi mengubahsuai ride height. Hydraulic bump turut ditambah bagi membantu air suspension ketika di laluan off road

Satu lagi unit transfer case dipasang di belakang transfer case pertama bagi mengagihkan kuasa pada kedua dua roda di gandar belakang. Transfer case ini menggunakan kaedah torsen differential dengan fungsi penguncian. Dalam pemanduan biasa, semua kuasa enjin akan diagihkan sama rata pada semua gandar belakang

Brek cakera depan dinaiktaraf kepada sistem 6 angkup dan pelapik brek heavy duty manakala semua roda belakang menggunakan brek cakera standard. Semua brek datang dengan ciri anti kekunci ABS. Prospeed memilih tayar BF Goodrich All Terrain sebagai tayar standard untuk jentera ini

Google ads
Back to top button