Artikel Pilihan

TOYOTA HILUX 2024, BAKAL TERIMA SISTEM HIBRID RINGAN 48 VOLT

Toyota Australia telah mengesahkan bahawa Toyota Hilux bagi pasaran benua tersebut bakal menerima sistem hibrid ringan 48 volt bagi model tahun 2024. Sistem ini akan menggabungkan enjin 2800cc turbodiesel 4 silinder dengan transmisi automatik 6 kelajuan, bateri 48 volt, motor-generator dan lain-lain komponen hibrid ringan

Sistem hibrid ini akan menjadi sistem standard bagi varian 4×4 SR5 dan Rogue tapi merupakan pilihan bagi varian 4×4 SR. Toyota Australia menyatakan sistem hibrid ringan ini akan menyumbangkan kepada 10% penjimatan bahan api bagi varian 2.8 tanpa hibrid, menghasilkan pergerakan yang lebih lancar dan mengurangkan aspek Noise Vibration dan Harsness.

Buat pertama kali juga, sistem ini akan digandingkan sekali dengan sistem Auto Start Stop serta mengekalkan keupyaan Hilux menunda beban sehingga 3500kg. Sebagai perbandingan Toyota Hilux dengan enjin 2800cc menghasilkan purata penggunaan bahan api sekitar 12.3 ke 13.3 kilometer bagi setiap liter diesel

Antara matlamat Toyota Australia ialah penggunaan sistem hibrid ringan ini diharap dapat mengurangkan beban operasi kepada pengguna serta mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida kepada alam dengan pengenalan sistem hibrid 48 volt ini kepada model terlaris Toyota

Dengan penggunaan sistem ini penggunaan diesel bertambah baik menjadi 14km bagi setiap liter diesel. Sistem ini juga tidak akan mengganggu operasi dan ketahanan Toyota Hilux merentasi laluan sukar di dalam hutan, malah memberikan kelebihan dengan mengekalkan sistem 4×4 dengan transfer case.

Kebanyakan pemerhati mengjangkan sistem ini akan menjana 201 kuasa kuda dan 500Nm tork sama seperti Toyota Hilux yang digunakan di sini. Strategi yang dilakukan oleh Toyota ini adalah selaras dengan persaingan daripada Ford yang bakal memperkenalkan Ranger Plug-in hybrid serta Volkswagen Amarok Plug-in hybrid

Toyota Hilux 2.8 mild hybrid 48 volt ini akan mengisi kekosongan antara teknologi hibrid penuh dan juga trak pikap baru elektrik sepenuhnya yang bakal diperkenalkan pada tahun 2030 nanti

Google ads
Back to top button