Buletin

TOYOTA INNOVA 2014

UMW Toyota Motor semalam mengumumkan ketibaan model Toyota Innova 2014 yang telah ditambah baik. 

toyota-innova-2014-mekanika (4)

Dibangunkan untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna, Innova terbukti popular dalam kalangan mereka yang sudah berkeluarga atau untuk kegunaan komersial.

Innova menerima rekaan gril hadapan baharu yang menawarkan penampilan lebih sofistikated. Gril radiator dengan tiga palang horizontal kini lebih besar. Lampu kabus pula diletakkan di setiap sudut bampar tersebut. Kemasan krom yang lebih tebal dan reflektor menyerlahkan bahagian belakang Innova. Manakala rim aloi sepuluh jejari bersaiz 15 inci menyempurnakan lagi gaya MPV ini.

toyota-innova-2014-mekanika (5)

Sebagai sebuah MPV lapan tempat duduk, kabin Innova memang versatil demi memenuhi keperluan pemiliknya. Untuk keselesaan semua, corong pendingin hawa disediakan untuk para penumpang yang boleh dikawal secara berasingan. Pendingin hawa automatik menjadi ciri standard untuk varian 2.0G.

toyota-innova-2014-mekanika (2)

Dilihat dari aspek keselamatan pula, Innova sudah melepasi standard penilaian Global Outstanding Assessment (GOA) binaan Toyota. Innova didatangkan dalam empat warna pilihan termasuklah perak, kelabu dan putih.

toyota-innova-2014-mekanika (7)

Dengan semua penambahbaikan ini, kenaikan harga adalah minimum iaitu hanya RM350 berbanding model sebelumnya. Anda boleh memilih di antara tiga varian, Toyota Innova 2.0G (AT) RM110,990; 2.0E (RM103,545 AT) dan 2.0E (RM98,545 MT).

UMW Toyota Motor juga menawarkan aksesori melalui Aerokit Package. Ia merangkumi spoiler bampar hadapan dan belakang, spoiler bumbung serta skirt sisi. Selain itu, pakej DVD-AVX dan AVN, sistem hiburan tempat duduk belakang serta tinted juga ada ditawarkan.

toyota-innova-2014-mekanika (1)

Sama seperti model Toyota yang lain, Innova hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button