Peranti

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini melancarkan generasi terbaharu telefon pintar popularnya, Samsung Galaxy S5. 

samsung-galaxy-s5-mekanika (20)

Samsung menyatakan bahawa S5 memiliki inovasi terbaik untuk kegunaan harian. “Para pengguna kini mahukan  peranti yang memberi inspirasi dan membantu dalam meningkatkan kehidupan harian mereka,” kata Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong.

S5 menggabungkan ciri kamera termaju, ketersambungan rangkaian yang pantas, peralatan kesihatan dan perlindungan. Telefon pintar ini dilengkapi kamera 16 mega piksel bersama menu dan antara muka pengguna yang telah dipertingkatkan. Ia membolehkan pengguna merakam, mengedit dan berkongsi foto dengan mudah.

SONY DSC

Kamera tersebut menawarkan autofocus sepantas 0.3 saat dan High Dynamic Range (HDR) yang menghasilkan cahaya serta warna semula jadi dalam apa jua keadaan. Satu lagi ciri baharu pada kamera ialah Selective Focus yang membolehkan pengguna memfokus kepada objek tertentu dan membuatkan latar belakangnya menjadi samar-samar.

Harus tahu bahawa S5 mampu menawarkan kualiti LTE dan prestasi WiFi terpantas untuk telefon pintar yang ada di pasaran sekarang. Ia menyokong WiFi 802.11 dan 2X2 MIMO generasi kelima. Di samping memiliki frekuensi LTE lebih besar dengan LTE Category sebagai standard.

SONY DSC

Jika anda mahukan ketersambungan yang lebih pantas, S5 kini mempunyai Download Booster. Ia merupakan satu teknologi inovatif WiFi yang boleh meningkatkan kelajuan data dengan menggabungkkan WiFi dan LTE sekali gus.

Berita baik untuk mereka yang obses terhadap gaya hidup aktif, S5 dilengkapi pengesan kesihatan peribadi yang komprehensif. Antaranya ialah pedometer, diet, rekod senaman dan pengesan kadar degupan jantung binaan dalam.

samsung-galaxy-s5-mekanika (8)

Berbanding generasi sebelumnya, S5 menampilkan corak berlubang-lubang pada pelindung belakangnya. Terdiri daripada empat warna kesemuanya iaitu hitam,putih, biru dan emas, bagaimanapun hanya warna hitam dan putih ditawarkan untuk pasaran tempatan buat masa sekarang.

Samsung turut menjadikan S5 sebagai peranti yang lebih selamat. Ia kini tahan air, habuk serta mempunyai ciri perlindungan lain seperti pengimbas cap jari (Finger Scanner).

SONY DSC

Sekiranya berminat, anda boleh membuat pra tempahan sekarang dan ia akan mula berada di Samsung Mobile Shops serta rakan-rakan telconya mulai 10 April 2014. S5 ditawarkan pada harga RM2,399 seunit.

samsung-galaxy-s5-mekanika (1)

Pada majlis sama, Samsung Malaysia Electronics turut melancarkan jam tangan pintar Gear 2 dan Gear Fit.

[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCsamsung-galaxy-s5-mekanika (16)samsung-galaxy-s5-mekanika (9)samsung-galaxy-s5-mekanika (14)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button