
DIVERGENT – KUASA HAYAT MASA DEPAN
Judul: Divergent
Genre:Aksi-pengembaraan
Pengarah: Neil Burger
Pelakon: Shailene Woodley,Theo James, Kate Winslett, Ashley Judd, Tony Goldwin, Mekhi Phiffer dan Maggie Q.
Bintang: ***
HIDUP ini mempunyai pelbagai pilihan. Apa yang tinggal menjadi persoalan adalah adakah pilihan itu tepat atau tidak – misteri yang bakal menentukan kuasa masa depan hayat setiap individu.642-737 dumps
Memperkenalkan buat julung kalinya karya buku trilogi nukilan Veronica Roth di layar perak, Divergent yang merupakan siri pertamanya. Naskhah ini jelas memaparkan tentang isu pilihan hidup dan impak daripada pilihan yang telah dibuat itu.
Beatrice Prior (Shailene Woodley), seorang gadis remaja yang tinggal dalam dunia masa depan di Chicago. Bandar raya itu dipisahkan dari kawasan luar oleh pagar elektrik yang cukup tinggi. Apa yang unik tentang masyarakat di situ adalah apabila mencecah usia 16 tahun, masing-masing diberi kebebasan untuk memilih kumpulan masyarakat yang mana mereka mahu sertai bagi kehidupan di hari muka.
Mereka ada lima pilihan – Dauntless, Abnegation, Erudite, Amity dan Candor. Namun sebelum tiba hari upacara pemilihan, setiap individu perlu menjalani ujian bagi menentukan masing-masing sesuai untuk jenis masyarakat yang mana satu.
Beatrice yang dilahirkan dalam masyarakat Abnegation atau peladang sebaliknya sering merasakan dirinya cukup tertarik untuk hidup bebas dan aktif mengikut golongan Dauntless atau sekuriti.
Namun malangnya, keputusan ujian menunjukkan Beatrice merupakan seorang divergent atau dalam erti kata lain sesuai untuk kelima-lima masyarakat tersebut.210-060 pdf
Malang kerana golongan divergent sinonim dilabelkan sebagai spesies berbahaya terhadap penghuni Chicago, terutamanya oleh golongan Erudite – puak pemerintah diketuai Jeanine Matthews (Kate Winslett). Cuma Beatrice bernasib baik kerana keputusan ujian terhadap dirinya itu tidak diketahui Jeanine.
Justeru, perjalanan hidup Beatrice dalam menentukan masa depan diri sendiri, dibawa dengan menyelami lautan onak dan duri yang dialaminya selepas dia membuat keputusan untuk menyertai Dauntless.
Sisi hitam dunia politik di bandar raya tersebut akhirnya terserlah apabila Jeanine mengepalai Erudite dalam memanipulasi Dauntless bagi menghapuskan puak Abenegation yang dituduh melindungi golongan Divergent. Ini menyebabkan Beatrice dihurung dilema kerana kedua-dua ibu bapanya turut berada dalam senarai individu Abenegation yang bakal dibunuh.
Sebagai permulaan kepada sebuah francais trilogi, naskhah arahan Neil Burger ini mampu mencetuskan minat untuk méngetahui tentang apakah yang bakal dipaparkan menerusi baki dua lagi baki naskhahnya.
Biarpun menampilkan pelbagai tarikan, terutama daya lakonan penuh impak Shailene Woodley sebagai Beatrice, namun Divergent mengandungi kekurangan yang cukup terasa.
Tidak seperti naskhah pertama siri filem Hunger Games sebagai perbandingan – yang sukar ditelah perjalanan plotnya, Divergent sebaliknya mudah sekali diteka kemuncaknya. Namun, selain daripada itu, naskhah ini cukup berpotensi.













