,
Buletin

TOYOTA SIENTA JDM ADA SONAR ELAK KEMALANGAN DI RUANG PARKIR

Toyota Sienta adalah sebuah MPV unik untuk pasaran tempatan. Sienta tiada saingan daripada mana-mana pengeluar di negara kita. Paling hampir ialah Honda BR-V, itu pun dalam bentuk berbeza.

Ia adalah untuk pelanggan yang merasakan Innova terlalu besar dan Avanza pula tidak sesuai dengan citarasa. Satu lagi keistimewaan Sienta ialah reka bentuk yang ala Jepun dan sememangnya dijual di sana.

Di Jepun Toyota telah melancarkan model facelift pada November 2018. Seperti biasa, perubahan dibuat pada bahagian luaran cuma tidak berapa ketara. 

Bampar hadir dengan gril baharu selain daripada rekaan dalaman lampu depan dan belakang. Perubahan terbesar ialah varian dengan lima tempat duduk dikenali sebagai Funbase.

Dengan dua tempat duduk barisan ketiga ditanggalkan, ruang kargo kini lebih luas untuk memuatkan pelbagai barangan seperti basikal dan sebagainya.

Setelah lebih setahun model facelift di pasaran, Toyota memperkemaskan lagi Sienta dengan menawarkan G “Safety Edition” dan FUNBASE G “Safety Edition”.

Kedua-dua varian itu dilengkapi sonar pintar yang boleh membantu mengelak dan mengurangkan kerosakan pelanggaran akibat daripada tersalah tekan pedal minyak di ruang parkir.

Bahagian dalaman varian asas pula mengunakan tema warna gelap. 

Kedua-dua varian FUNBASE G “Safety Edition” dan G “Safety Edition” menggunakan enjin 1.5 liter dan menariknya dari jenis berbeza dengan spesifikasi dan harga berikut:

Sienta FUNBASE G “Safety Edition”

  • Dua baris lima tempat duduk
  • 1.5L 2NR-FKE (VVT-iE) dengan transmisi Super CVT-i (JPY2,115,300/RM79,668)
  • 2WD FF
  • 1.5L hibrid THSⅡ 1NZ-FXE (JPY2,481,600/RM93,463)

Sienta G “Safety Edition”

  • Tiga baris tujuh tempat duduk
  • 1.5L 2NR-FKE (VVT-iE) dengan transmisi Super CVT-i
  • 2WD FF
  • JPY2,156,000 (RM81,200)
  • Tiga baris enam tempat duduk
  • 1.5L 1NZ-FE (VVT-i) dengan transmisi Super CVT-i
  • 4WD
  • JPY2,300,100 (RM86,628)
  • Tiga baris tujuh tempat duduk
  • 1.5L hibrid THSⅡ 1NZ-FXE
  • 2WD FF
  • JPY2,522,300 (RM94,996)
Toyota Sienta 2018 pasaran tempatan

Di pasaran tempatan, Sienta menggunakan enjin 1.5L 2NR-FE Dual VVT-i dengan transmisi CVT. Kali terakhir Sienta dikemaskini di pasaran tempatan ialah pada Mac 2018.

Satu lagi perkembangan menarik ialah pasaran Thailand ditawarkan versi facelift pada Ogos 2019. Model itu mempunyai bampar berbeza dengan Sienta JDM.

BACA: TOYOTA GR SUPRA HYPERBOOST EDITION, KUASA LEBIH 750HP!

BACA: HANYA 1 UNIT TOYOTA LAND CRUISER DIJUAL PADA ’58, SEKARANG JADI LEGENDA

BACA: TOYOTA COPEN GR SPORT, MISI MENGIDAM BERMULA!!!

Tags
Google ads
Back to top button