Artikel Pilihan

PENGARAH “ORI” FAST N FURIOUS NAK KETUAI PROJEK TERAKHIR FILEM TERSEBUT

Fast & Furious telah lama menjadi lubuk duit buat pengeluar filem tersebut tapi jalan ceritanya memang sudah banyak berubah berbanding filem pertama pada tahun 2001. Filem pertama siri F&F yang diarahkan oleh Rob Cohen banyak berkisarkan dengan watak Brian O’Conner lakonan Paul Walker sebagai detektif yang menyamar untuk menumpaskan penjenayah yang juga sekumpulan pelumba jalanan. Tidak ada plot ala James Bond tetapi banyak berkisarkan dengan perlumbaan jalanan dan trend modifikasi kereta.

Kini plotnya sudah banyak berubah di mana kumpulan pelumba tadi telah diangkat darjatnya sebagai penyelamat dunia dan menjalankan misi untuk kerajaan di seluruh dunia. Hebat betul evolusi filem ni kan?

Pada mula ianya diperkenalkan tiada siapa menyangka yang filem ini akan mempunyai impak yang besar dalam dunia filem Hollywood. Tahun lepas menyaksikan siri ke lapan dalam francis filem ini dan tinggal dua lagi dikatakan akan dikeluarkan dan dikatakan masih mengekalkan Jason Statham dan Dwayne Johnson untuk siri seterusnya. Siri kesembilan telah ditunda ke tahun 2020 dan selepas itu diri terakhir Fast & Furious 10 bakal menyusul.

Untuk F&F 10, Cohen dikatakan berminat untuk kembali duduk di kerusi pengarah untuk episod akhir tersebut. Perkara ini dinyatakan oleh beliau dalam sidang akhbar sewaktu pelancaran filem terbaru arahan beliau, The Hurricane Heist baru-baru ini.

Beliau turut mengulas kemungkinan F&F 10 tidak akan menjadi filem terakhir francis filem tersebut kerana pulangan yang mampu dihasilkan dalam setiap siri yang dikeluarkan. Mungkin hasrat Cohen tidak akan tercapai sepertimana diimpikan beliau. Kenapa?

BACA: KE MANA PLOT FAST & FURIOUS AKAN BERKEMBANG LEPAS NI? ANGKASA LEPAS?

Kerana Vin Diesel sendiri merupakan produser dan mempunyai banyak kuasa dalam francis filem ini. Diesel sendiri sudahpun memberikan bayangan yang Justin Lin, pengarah F&F 3,4,5 dan 6 akan kekal mengarahkan siri ke 9 dan 10 walaupun pihak Universal Studios belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Ramai yang berpendapat gaya arahan Cohen sudah tidak sesuai dengan konsep terkini F&F. Namun begitu Cohen boleh berbangga kerana watak-watak sama yang dicipta beliau pada tahun 2001 masih wujud. Antaranya tentulah Dominic Toretto, Mia dan Letty. Watak mereka juga sudah berkembang dari golongan belia yang tinggal di Los Angeles dan membangun menjadi penyelamat global.

Mereka boleh memandu menembusi muncung pesawat pengangkut gergasi, melompat antara dua jambatan, menjatuhkan helikopter yang sedang terbang dan macam-macam lagi. Tiada yang mustahil dalam francais ini. Kau nak aksi logik pergi main jauh-jauh. Kutipan untuk filem ini pun bukan lagi dalam jutaan dolar tetapi sudah mencecah billion. Siapa yang sanggup menyembelih angsa yang mampu mengeluarkan telur emas? Kami sendiri pun tidak berapa percaya yang filem ini akan dihentikan selepas yang ke sepuluh.

 

Google ads
Back to top button