Buletin

TOYOTA SUPRA LAUNCH EDITION GAGAL DILELONG. PEMBELI ENGGAN LAYAN MARK-UP MELAMPAU

Awal bulan lalu, sebuah Toyota Supra Launch Edition telah disenaraikan untuk lelongan oleh pihak Bring A Trailer dan dijangka mencapai harga lebih AS$55,250 (RM230,200). 

Namun, kereta itu gagal mencapai harga reserve dan sekali gus gagal dijual. Perkembangan itu jelas menunjukkan situasi terkini pasaran dan Supra sendiri. Kereta sports itu disenaraikan secara dalam talian oleh sebuah pengedar dikenali sebagai nexusautobrokers di Marietta, Georgia. 

Ia dilihat cuba untuk mendapatkan untung mudah dengan menaikkan harga berikutan kegilaan golongan berduit terhadap Supra edisi khas ini. 

Ramai peminat kereta melihat ini sebagai satu permulaan terhadap penolakan kepada golongan pengedar yang gemar mark-up harga kenderaan baharu.   

Walaupun hanya 1,500 unit Toyota Supra Launch Edition ditawarkan, ia masih gagal untuk menarik minat pembeli membuat bidaan. Selepas dua hari, bidaan tertinggi yang dinyatakan hanya AS$56,700 (RM236,255) hanya beberapa ratus dolar mahal berbanding harga asal Supra. 

Dengan semakin banyak model menarik seperti C8 Corvette, Porsche Taycan dan Land Rover Defender baharu bakal diperkenalkan, ramai yang berharap trend tidak membeli pada harga mereka berterusan.  

Google ads
Back to top button