Buletin

PENGEDAR TOYOTA ‘MARK-UP’ HARGA SUPRA HINGGA RM824K. GILA BETUL

Sejak Toyota Supra baharu diperkenalkan, banyak betul berita mengenainya disiarkan.

Daripada kemalangan, hasil dyno hinggalah alat ganti aftermarket, semua ini membuktikan popularitinya yang kian meningkatkan di seluruh dunia.

Tetapi semua itu tidak dapat mengalahkan laporan tentang bagaimana jentera sports itu menerima kenaikan harga atau mark-up oleh pengedar Toyota. Terbaharu, sebuah pengedar Toyota di Florida, Amerika Syarikat telah mark-up Supra ke tahap yang tidak pernah difikirkan. 

Supra ditawarkan pada harga AS$198,563 (RM824,000) seunit dan disifatkan sebagai mark-up paling gila setakat ini. Untuk makluman, Supra di pasaran AS pada asalnya ditawarkan pada harga bermula AS$49,995 (RM206,000) sahaja. 

Ini bermakna, pengedar tersebut tidak sekadar mark-up harga Supra 100 peratus, sebaliknya suka-suka hati sahaja menambah AS$138,819 (RM572,000). Percaya atau tidak, ia mengesahkan ada pembeli yang berminat untuk membelinya. 

Di Malaysia, Supra dijangka dilancarkan pada September depan. Rakan abang Japar di Toyota mengesahkan bahawa kumpulan pertama Supra sudahpun habis dijual. Kalau ada duit terlebih tak tau nak buat apa, membeli Supra mungkin satu pelaburan yang bagus. 

Google ads
Back to top button