Buletin

DENGAN HANYA TALAAN MUDAH, KUASA SUPRA DAPAT DITINGKATKAN KEPADA 420HP!

Litchfield Motors, firma talaan yang terkenal sebelum ini kerana mampu menghasilkan kuasa mencecah 631hp pada sebuah Nissan GT-R kini mempunyai satu lagi projek menarik.

Kali ini, jentera yang menjadi pilihan ialah Toyota Supra 2020. Peningkatan kuasa Supra bagaimanapun tidaklah terlalu mengejutkan. Ini kerana kereta sports Jepun itu dilihat cukup senang untuk ditala.

Firma yang berpangkalan di Britain itu dikatakan berupaya menambah kuasa Supra melalui talaan mudah. Selepas melakukan pemetaan semula, Supra yang ditala oleh Litchfield kini berkuasa 420hp dan tork 597Nm.

Toyota sebelum ini mengumumkan kuasa Supra ialah 335hp dan tork 500Nm.

Mesin dyno Litchfield mendedahkan bahawa Supra sebenanya boleh menghasilkan 376hp dan tork 529Nm. Ini bermakna, pemetaan semula unit ECU berjaya menambah kuasa sebanyak 5hp.

Enjin bersesaran 3.0 liter daripada BMW itu sekali lagi ditambah kuasa menerusi proses naik taraf sistem paip serta ekzos dengan kerjasama pihak Miltek dan Akrapovic.

Kalau anda masih ingat, Akrapovic sebelum ini pernah membuat proses naik taraf Supra dengan bunyi yang cukup menggiurkan.  

Google ads
Back to top button