Buletin

MARQUEZ MENANG. YAMAHA BOLOT TEMPAT KE 2, 3, 4 & 5 DI MOTOGP ITALI

Pusingan MotoGP di litar San Marino, Itali yang baru berakhir sebentar tadi sekali lagi memihak kepada Marc Marquez. Bagaimanapun, kesemua jentera Yamaha nampak benar-benar menyerlah pada kali ini.

Maverick Vinales yang memimpin perlumbaan pembukaan telah dipintas Quartararo dan Marquez pada pusingan awal.

Alex Rins yang berada di kelompok kedua terbabas pada lap ke 14 sementara aksi kejar mengejar berlaku pada kelompok kedua antara Pol Espagaro, Franco Morbidelli, Valentino Rossi dan Dovizioso.

Quartararo terus memimpin perlumbaan hingga ke lap terakhir diikuti Marc Marquez dengan julat masa sekitar 0.2 – 0.4 saat. Marquez terus mengekori rapat.

BACA: KTM MULAKAN PERLUMBAAN DI PETAK KEDUA!

Quartararo beraksi kemas, menutup ruang yang ada. Namun pada pusingan terakhir, Marquez berjaya memintas beliau di selekoh kanan.

Pelumba rookie Petronas SRT itu tidak mengalah sebaliknya memintas semula pada dua selekoh berikutnya dalam aksi kejar mengejar yang mendebarkan.

Marquez bagaimanapun dapat memintas pada dua selekoh akhir, menutup ruang dan memecut laju ke garisan penamat.

Lagipun Honda ni pasukan Factory kot. Takkan kena tapau dengan satelit Yamaha ye tak?

BACA: MOTOGP ITALI, ROSSI DAN MARQUEZ BERGADUH LAGI

Perlumbaan kali ini juga menyaksikan kebangkitan Yamaha menerusi kesemua pelumba mereka.

Fabio Quartaro – Petronas SRT di tempat kedua, Maverick Vinales – Monster Yamaha di tempat ketiga, Rossi di tempat keempat dan Morbidelli – Petronas Yamaha di tempat keempat.

Dovizioso, pencabar kejuaraan terdekat Marquez hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-enam.

Berikut ialah senarai penuh keseluruhan perlumbaan MotoGP San Misano.

Google ads
"
"
Back to top button