Buletin

MAYAT MANGSA KEMALANGAN TERPELANTING ATAS BUMBUNG PROTON PERDANA

Seorang lelaki maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta di Kilometer 1.3, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Sepang, Selangor. 

Hentaman kuat itu juga menyebabkan lelaki warga India itu mati serta-merta di lokasi kejadian. Hentaman kuat juga membuatkan mayatnya terbaring di atas kereta berkenaan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad memberitahu kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Perdana. Siasatan awal polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu di lorong kanan itu terlanggar mangsa yang melintas jalan secara tiba-tiba.

Ini menyebabkan pemandu kereta berusia 30-an tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa dan  dia terpelanting ke atas bumbung kenderaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Harian Metro 

Google ads
Back to top button