Buletin

CARSOME PJ AUTOMALL RASMI DIBUKA. TAWAR PENGALAMAN TERBAIK BELI KERETA TERPAKAI

Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara telah menambah baik pengalaman membeli kereta sedia ada melalui pelancaran Carsome PJ Automall. Ia merupakan pusat pengalaman Carsome terbesar di Malaysia setakat ini dan yang pertama dilengkapi stesen pengecas kenderaan elektrik.

Carsome PJ Automall memberikan para pelanggan pengalaman pembelian kereta yang lebih baik – daripada melihat, memilih, hingga memandu uji. Mereka juga dapat melengkapkan pembelian melalui kemudahan kewangan yang disediakan di Automall, di mana permohonan pinjaman boleh diproses dan diluluskan dalam masa satu hari. 

Kemudahan tambahan seperti perkhidmatan estetik kereta seperti perincian dan pemasangan cermin gelap untuk kereta yang baru dibeli turut disediakan.

“Pelancaran Carsome PJ Automall akan mengukuhkan tawaran hibrid dalam talian ke luar talian kami dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Motivasi kami adalah untuk menjadikan pusat pengalaman ini sebagai pusat gaya hidup, di mana pelanggan boleh menikmati proses membeli kereta. Apa yang lebih penting menyerahkan kebimbangan dan kerumitan proses kepada pasukan kami yang berdedikasi,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng. 

Carsome PJ Automall yang terletak di Lebuhraya Persekutuan di bilik pameran ikonik Naza Automall mempunyai ruang seluas lebih 100,000 kaki persegi. Kemudahan itu mampu memuatkan lebih 200 buah kereta daripada inventori dalam talian Carsome yang semakin berkembang. Ia kini mempunyai lebih daripada 1,600 buah kenderaan merangkumi model SUV, MPV, 4×4, sedan, hatchback dan kereta mewah.

Carsome PJ Automall juga menjadi tuan rumah kepada rakan kongsi perbankan seperti Maybank dan Public Bank. Selain rakan kongsi perincian dan pemasangan cermin gelap kereta iaitu Ecotint dan Glass Auto. 

Pusat Pengalaman Carsome yang diperkenalkan pada tahun 2020 membawakan konsep “Cara baharu membeli kereta” dan menawarkan  fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih kereta Carsome Certified daripada laman web Carsome sebelum mengatur pandu uji di Pusat Pengalaman Carsome terdekat. 

Sejak itu, Carsome telah menubuhkan lebih daripada 10 buah Pusat Pengalaman di Malaysia untuk memenuhi permintaan kereta terpakai yang kian meningkat.

Sempena pelancaran Carsome PJ Automall, Carsome akan menganjurkan acara Shop and Dine Carsome CARnival selama dua hari pada Sabtu (11 Jun) dan Ahad (12 Jun) bermula 12.00pm hingga 8.30pm. 

Pengunjung boleh menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM12,000, termasuk Nintendo Switch OLED, jam tangan pintar Garmin Venu SQ dan banyak lagi.

Mereka yang membeli kereta Carsome Certified di Carsome PJ Automall pada hujung minggu tersebut akan menikmati naik taraf

waranti platinum secara percuma bernilai sehingga RM1,500. Di samping cermin gelap percuma bernilai RM900 dan RM100 kredit eWallet Touch ‘n Go. 

Maklumat lanjut mengenai Shop and Dine Carsome CARnival, Untuk maklumat lanjut mengenai Shop and Dine Carsome CARnival, sila layari laman web: https://www.carsome.my/news/item/carsome-pj-automall-launch-promo

Google ads
Back to top button