Buletin

PROTON PANGGIL SEMULA 6,432 UNIT PERDANA KERANA MASALAH INFLATOR BEG UDARA TAKATA

Berikutan pengumuman panggilan semula yang dikeluarkan oleh Honda Motor Company untuk menggantikan inflator beg udara penumpang Takata pada model Honda Accord, PROTON ingin mengumumkan servis yang sama.

Proses panggilan semula itu akan melibatkan 6,432 unit Proton Perdana yang dikeluarkan dari tahun 2012 sehingga akhir Ogos 2018.

Servis baik pulih ini adalah sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta-kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata. Justeru, notis mengenai isu ini akan dihantar kepada semua pemilik.

PROTON menegaskan bahawa inisiatif ini tidak melibatkan mana-mana model Proton yang lain kerana beg udaranya dibekalkan oleh pembekal berlainan.

“Kereta yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 tidak terlibat.  Penukaran inflator beg udara ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam dan tidak akan dikenakan apa-apa bayaran,” jelas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed.

Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1-800-888-398 atau e-mel [email protected] sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan bantuan.

Google ads
Back to top button