" "
Buletin

BUKA 7 HARI, POLESTAR 6 LA CONCEPT HABIS DITEMPAH, 2026 BARU KELUAR!

Polestar dahulunya adalah rakan permotoran Volvo Cars sebelum ditransformasi kepada pengeluar kereta elektrik premium pada tahun 2017.

Produk pertama iaitu Polestar 1 hanya ditawarkan dalam kuantiti terhad 1,500 unit dan dikeluarkan dari tahun 2019 hingga 2021.

Kereta sport dua pintu itu menggunakan badan daripada gentian karbon dan dikuasakan enjin hibrid 609 hp dan tork 1,000 Nm.

Polestar 2, sebuah model fastback berprestasi menyusul pada tahun 2020 dan merupakan model elektrik penuh pertama dari syarikat. Tidak seperti Polestar 2, model ini dijual tanpa had pengeluaran.

Penamaan model Polestar memang ringkas, selepas 1 dan 2, Polestar bakal muncul dengan sebuah model baharu setiap tahun.

Polestar 3 iaitu sebuah SUV elektrik akan diperkenalkan pada Oktober dan SUV coupe Polestar 4 pada tahun depan.

Selepas fastback dan dua SUV, Polestar 5 iaitu sebuah kereta elektrik grand tourer (GT) empat pintu akan menemui pasaran pada 2024.

Dengan susunan tersebut, Polestar 6 bakal dilancar pada 2026 dan menariknya syarikat telah pun membuka tempahan untuk edisi Polestar 6 LA Concept pada 16 Ogos lalu.

Apa yang lagi menarik? kesemua 500 unit telah pun habis ditempah dalam tempoh seminggu!

Polestar 6 LA Concept hadir dengan warna unik Sky Blue (warna lain turut ditawarkan), grafik badan, roda aloi 21 inci buatan khas dan pelbagai lagi.

Dengan sambutan tersebut, syarikat merancang untuk membuka slot tempahan Polestar 6 pada tahun ini juga dan akan dikeluarkan selepas Polestar 6 LA Concept.

Dari gambar yang dikongsi, Polestar 6 adalah sebuah roadster yang cantik sama ada dalam keadaan bumbung dibuka atau ditutup.

Polestar 6 akan menggunakan pakej kuasa 800 volt seperti Polestar 5 dengan output sehingga 650 kW (884) hp dan tork 900 Nm dengan dua motor bagi memacu semua roda dan sasaran jarak gerak melebihi 595 kilometer.

Polestar turut mensasarkan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.2 saat!

BACA: POLESTAR BUAT KOJA, RUMAH ATAS POKOK DI FINLAND!

BACA: POLESTAR BUAT KOJA, RUMAH ATAS POKOK DI FINLAND!

BACA: POLESTAR 2 BST EDITION 270 – EV PRESTASI TINGGI EDISI TERHAD UNTUK CHINA, EROPAH, USA

BACA: INI CONTOH RANGKA KERETA ALUMINIUM, GUNA UNTUK POLESTAR 5

Google ads
Back to top button