
UMWT CATAT JUALAN 9,083 UNIT PADA OGOS 2025
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan momentum positif pada Ogos 2025 apabila berjaya menjual sebanyak 9,083 unit kenderaan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tahun setakat ini mencecah 62,246 unit.
Prestasi ini mencerminkan keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap jenama Toyota yang konsisten menawarkan kepelbagaian pilihan termasuk model konvensional dan hibrid.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., berkata pencapaian tersebut mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam menyediakan mobiliti untuk semua lapisan masyarakat.

Sejak pengeluaran Corolla pertama pada tahun 1968, Toyota telah berkembang seiring dengan pembangunan negara. Model ikonik seperti Hilux, Vios dan Camry bukan sahaja menjadi pilihan utama pengguna, malah sinonim dengan kehidupan harian rakyat.
Bagi jutaan pemilik kenderaan Toyota, jenama ini telah menjadi teman setia ketika balik kampung, tulang belakang perniagaan kecil mahupun pengangkutan keluarga yang boleh diharap.
Sepanjang tempoh 2015 hingga Ogos 2025, Toyota mencatatkan 859,865 unit jualan, menjadikannya jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia.

Jaminan Selepas Jualan dan Program Istimewa
Melalui program Toyota Extra Mile, pelanggan menikmati kemudahan menyeluruh termasuk rangkaian pusat servis di seluruh negara, aplikasi mudah alih Toyota MY App, serta penyelenggaraan khusus untuk kenderaan hibrid.
Di samping itu, Toyota Service Savers turut ditawarkan dengan kadar serendah RM31 sebulan, memberikan penjimatan sehingga 10 peratus untuk alat ganti dan upah, selain melindungi pemilik daripada kenaikan kos pada masa depan.

Promosi Merdeka
Bagi meraikan bulan kemerdekaan, UMWT menawarkan penjimatan sehingga RM5,000 bagi model terpilih sepanjang September ini.
Tawaran tambahan turut menanti mereka yang mengunjungi bilik pameran Toyota berhampiran.
UMWT menegaskan, inilah masa terbaik untuk rakyat Malaysia memiliki sebuah Toyota, sama ada untuk kegunaan harian, keperluan keluarga atau sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden.







