
UMW TOYOTA CATAT 6,464 UNIT JUALAN APRIL
UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan momentum positif jualan pada April 2026 apabila merekodkan sebanyak 6,464 unit kenderaan terjual, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jualan tahun ini mencecah 21,924 unit.
Prestasi berkenaan disokong oleh pelbagai aktiviti produk yang rancak sepanjang awal tahun, termasuk pengukuhan penawaran mobiliti elektrifikasi serta usaha menyediakan pilihan kenderaan mengikut gaya hidup dan keperluan pelanggan.
Seiring perubahan landskap tenaga dan mobiliti negara, UMWT terus mempercepatkan strategi elektrifikasinya menerusi pendekatan Toyota Multi-Pathway.
Pendekatan itu menawarkan pelbagai pilihan teknologi berdasarkan kesesuaian penggunaan harian dan tahap kesiapsiagaan pengguna di Malaysia.

Antara model yang mengukuhkan penawaran elektrik Toyota di pasaran tempatan ialah Toyota bZ4X, Urban Cruiser BEV dan Hilux BEV, manakala Yaris Cross serba baharu pula tampil sebagai pilihan SUV segmen-B dengan teknologi elektrifikasi.
Selain model elektrik sepenuhnya (BEV), Toyota turut memberi fokus kepada kenderaan hibrid elektrik (HEV) yang dilihat lebih praktikal untuk pengguna tempatan kerana menawarkan penjimatan bahan api serta pengalaman pemanduan lebih lancar tanpa memerlukan pengecasan luaran.
Dalam masa sama, UMWT terus memperkukuhkan keyakinan pelanggan menerusi inisiatif Toyota Extra Mile dan kempen Toyota MY App yang berlangsung dari April hingga Jun 2026.
Melalui program itu, pelanggan boleh menikmati pelbagai manfaat termasuk perlindungan tambahan, kemudahan servis dan ganjaran mata Loyal-T.
Pengguna aplikasi Toyota MY App juga menerima 500 mata ganjaran selepas pendaftaran serta tambahan 500 mata lagi apabila membuat tempahan servis di pusat servis Toyota sah.
Mata terkumpul itu boleh ditebus sebagai baucar servis sekali gus memberi lebih nilai kepada pelanggan.
Bagi kempen promosi Mei pula, UMWT menawarkan pakej menarik untuk beberapa model terpilih dengan ansuran bulanan bermula RM746, selain pilihan pembiayaan fleksibel bagi memudahkan pemilikan kenderaan Toyota.








