Buletin

UMW TOYOTA CATAT JUALAN 44,286 UNIT SETAKAT JUN 2025

UMW Toyota Motor (UMWT) menutup separuh pertama 2025 dengan jualan memberangsangkan, mencatat 7,773 unit pada bulan Jun, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 44,286 unit untuk tahun ini.

Pencapaian ini mengukuhkan komitmen UMWT dalam menyediakan kenderaan berkualiti tinggi, praktikal dan bernilai kepada rakyat Malaysia.

Barisan model Toyota yang merangkumi kenderaan untuk pemilik baharu, pengguna korporat mahupun pelanggan setia, terus memenuhi keperluan pelbagai segmen, selaras dengan falsafah global “Mobility for All”.

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K., berkata, “Fokus kami adalah menyediakan produk dan pengalaman yang relevan dengan kehidupan harian pelanggan. Kami percaya pada prestasi, kebolehpercayaan dan nilai sebenar.”

Tumpuan di Super GT Malaysia Festival dan Vios Challenge

UMWT menjadi penaja utama Super GT Malaysia Festival 2025 yang kembali ke Litar Sepang selepas 12 tahun, dengan kehadiran lebih 75,000 peminat.

Selain mempamerkan model prestasi GR dan aktiviti interaktif di zon GAZOO Racing, acara ini turut menampilkan perlumbaan ketahanan TGR Vios Challenge selama satu jam yang julung kali diadakan, melibatkan 36 pelumba termasuk lima bakat muda dari program pembangunan Toyota.

Pameran Inovasi di Energy Asia 2025

Toyota juga tampil di Energy Asia 2025 di KLCC dengan menonjolkan pendekatan Multi-Pathway dalam usaha penyahkarbonan – meliputi kenderaan ICE, hibrid (HEV), plug-in hybrid (PHEV), elektrik bateri (BEV) dan sel bahan api hidrogen (FCEV).

Model Toyota Mirai turut dipamerkan bersama sistem Life Cycle Assessment (LCA) yang menilai impak alam sekitar sepanjang hayat kenderaan.

Selain itu, UMWT turut menawarkan promosi bulan Jun untuk dua model utama:

  • Hilux: Ansuran bulanan dari RM935, rebat hingga RM8,000, 3 tahun servis percuma
  • Corolla Cross: Ansuran bulanan dari RM993, rebat hingga RM4,000

Sebagai tambahan, pertandingan media sosial Hybrid Hero Challenge sedang berlangsung hingga 31 Julai 2025, sempena Bulan Alam Sekitar.

Peserta hanya perlu berkongsi gambar kreatif bersama model Toyota Hybrid (Corolla Cross, Camry atau Zenix) untuk berpeluang memenangi hadiah melebihi RM17,000.

Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my, hubungi 1-800-8-TOYOTA (869682) atau kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota berdekatan.

Google ads
Back to top button