Motosikal

KAWASAKI NINJA ZX-4R LANCAR HUJUNG TAHUN INI?

Baru-baru ini kami telah ke kilang MODENAS yang terletak di Gurun, Kedah bagi melihat sendiri perkembangan supermoped 150cc yang dijadualkan untuk pelancaran pada minggu MotoGP Malaysia, Oktober nanti.

Pada masa sama, kami menggunakan peluang tersebut untuk menemubual Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan.

Antara soalan diajukan adalah mengenai perkembangan motosikal Kawasaki Ninja ZX-4R yang sudah lama dinantikan.

Berdasarkan perkembangan terbaru, kami dimaklumkan bahawa motosikal empat silinder itu akan dilancarkan seawal hujung tahun ini atau selewatnya awal tahun 2026.

Namun begitu, kami difahamkan bahawa MODENAS merancang untuk memperkenalkan model tersebut pada hujung tahun ini ekoran menerima banyak permintaan.

Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR dikuasakan enjin 4-silinder 399cc 4-stroke DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan ‘rev limit’ lebih 15,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform tersebut berupaya menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air.

Google ads
Back to top button