Buletin

SAIC MOTOR MALAYSIA LANTIK HOFFEN YIH BEN TEH SEBAGAI COO BAHARU

SAIC Motor Malaysia mengumumkan pelantikan Hoffen Yih Ben Teh sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu berkuat kuasa hari ini, sekali gus mengukuhkan barisan kepimpinan syarikat dalam usaha memperluaskan kehadiran jenama MG di pasaran tempatan.

Langkah strategik ini menandakan komitmen SAIC Motor Malaysia untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan jangka panjang, termasuk memperkukuh pengalaman pelanggan, meningkatkan perkhidmatan selepas jualan serta mempercepatkan persiapan ke arah pengeluaran tempatan.

Berbekalkan lebih dua dekad pengalaman dalam industri automotif, Hoffen pernah mengetuai pelbagai inisiatif melibatkan pembangunan produk, strategi pemasaran, perancangan operasi serta pembuatan.

Beliau juga aktif dalam Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan merupakan ahli jawatankuasa eksekutif MyZEVA, badan yang memperjuangkan elektrifikasi kenderaan serta agenda mobiliti hijau di Malaysia.

“Hoffen mempunyai rekod pencapaian yang kukuh dan visi yang jelas. Saya percaya kepimpinannya mampu memperkukuh strategi syarikat, terutama dalam perancangan pengeluaran tempatan serta usaha memperluas jaringan MG di negara ini,” kata Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng.

Sebagai COO, Hoffen akan mengetuai bahagian operasi, jualan, produk dan pemasaran, selain memberi perhatian kepada peluasan rangkaian pengedar, inovasi pengalaman pelanggan serta inisiatif kenderaan tenaga hijau.

Dalam kenyataan pertamanya selepas pelantikan, Hoffen menzahirkan rasa teruja untuk bersama SAIC Motor Malaysia.

“Saya berbesar hati menyertai organisasi ini pada waktu yang penting dalam perjalanannya. Fokus saya adalah mengukuhkan asas operasi syarikat, mempercepatkan peralihan kepada pengeluaran tempatan dan membuka peluang baharu bagi memperkukuh kedudukan MG di Malaysia,” ujarnya.

Google ads
Back to top button