Buletin

PORSCHE DAKWA MAMPU MENGECAS KERETA ELEKTRIK 2 KALI LEBIH CEPAT DARI TESLA

Dalam satu wawancara baru-baru ini, Klaus Zellmer, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Porsche Cars North America, menyatakan bahawa Porsche Taycan yang akan datang akan mendahului teknologi pengecasan ultra pantas.

Ia mampu mengecas sehingga 80 peratus dalam masa hanya 15 minit – yang hampir sama jika anda mengisi setangki petrol dan menikmati secawan kopi.

Sudah tentu, ia bergantung kepada infrastruktur pengecasan Porsche sendiri dan kemajuan rangkaian pengecasan di Amerika.

“Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, tempoh mengecas boleh dipotong separuh berbanding dengan mengecas sebuah Tesla, atau lebih baik berbanding model baru yang lain ( seperti Jaguar I-PACE dan sebagainya).

JENTERA KONSEP PORSCHE MISSION E

Hanya masa yang akan memberitahu sama ada kuasa pengecasan 350 kW sehingga 800 V benar-benar boleh dicapai, terutamanya bagaimana bateri akan bertahan dengan teknologi pengecasan pantas itu.

Porsche berharap untuk mengetuai pengecasan ultra cepat. Detlev von Platen, ahli lembaga eksekutif Porsche untuk jualan dan pemasaran berkata:

“Ia tidak masuk akal untuk memandu laju dan kemudian menunggu dua jam untuk mengecas bateri,” kata von Platen. Mencapai caj 80 peratus dalam suku jam adalah “hujah bagi kami.”

 

Google ads
Back to top button