Artikel PilihanMotosikal

VINALES LAJU WAKTU UJIAN MASA, TAPI TIDAK SEMASA RACE- INI KOMEN MARQUEZ

Tahun ini, Marc Marquez adalah antara pelumba MotoGP yang cemerlang meskipun hanya bermula baru dua pusingan di Qatar dan Argentina. Beliau bukan sahaja konsisten waktu ujian masa dan kelayakan malah aksi perlumbaannya juga tidak pernah menghampakan.

Ini sangat berbeza dengan kebanyakan pelumba lain yang kadangkala gagal mengekalkan rentak sepanjang minggu perlumbaan. Contoh terbaru ialah Maverick Vinales yang kelihatan sering bergelut pada hari perlumbaan, meskipun mencatat masa yang bagus sewaktu ujian masa.

Menerusi temuramah bersama Motorsport Marc ditanya tentang pendapat beliau tentang prestasi seterunya dari pasukan Yamaha – Maverick VInales. Baru-baru ini gagal tamatkan perlumbaan di Argentina.

“Banyak pelumba, bukan hanya Vinales, sangat pantas sewaktu ujian masa tetapi waktu perlumbaan, ia lebih sukar. Hari perlumbaan sangat berbeza. Sama macam main bola, waktu latihan tiada tekanan kerana semuanya kita kawal sendiri, tapi sewaktu game sebenar, ia banyak tekanan dan semua orang bergantung kepada kita”

“Waktu ujian pra musim, biasanya pada tiga hari terakhir adalah mudah untuk mencatat masa terpantas. Tapi di hari perlumbaan, ada banyak perkara yang berlaku, lebih rumit. Kepantasan bukanlah segala-galanya. kita perlu menetapkan strategi ketika berlumba”‘ ujar beliau.

Tags
Google ads
Back to top button