Artikel Pilihan

STREET BIKE 150cc YANG TAK DIJUAL DI MALAYSIA (DAN KAMI PUN TAK TAHU KENAPA)

Street bike /naked bike/ naked sport adalah satu varian motor yang telah lama berada dalam pasaran Malaysia. Sejak dari dekad 80-an lagi, motor seperti Yamaha RX-S, Suzuki GP dan Honda Hawk beralih kepada versi 2 lejang Honda Raider, Yamaha RX-Z dan Suzuki Panther – semuanya dengan konsep street naked.

Motosikal jenis Street bike ini sama popularnya dengan kapcai. Sama juga susur galurnya dalam variasi kapcai dari 4 lejang kepada 2 lejang (Suzuki RG Sport/ RGV120, Yamaha SS110/125Z, Honda Hurricane) dan kembali ke 4 lejang (FX125, Wave, LC135).

Motor-motor street bike dan kapcai ini adalah tulang belakang kepada pengangkutan motosikal kecil di Malaysia.

BACA – SELAMAT TINGGAL MOTOR 2 LEJANG…

BACA – 10 MOTOSIKAL PALING BURUK DI BUMI

Namun jika anda perasan, sejak berakhirnya era Yamaha RX-Z, jenama Jepun tidak lagi kelihatan – kecuali Yamaha FZ150i. FZ satu-satunya motor dalam kategori street bike yang boleh dibeli di pasaran hari ini, ya mungkin ada jenama lain seperti Demak Skyline, Keeway dan seangkatannya tapi di mana seteru mereka Suzuki, Kawasaki dan Honda?

Kali terakhir model naked Suzuki ialah dengan FXR 150 (separa fairing), Kawasaki Ninja dan Honda dengan NSR (fairing), atau ada model lain? Maaf saya pun dah lupa bila kali terakhir Suzuki dan Honda tawarkan kapasiti 150cc untuk street bike. Rasanya macam dah lama sangat menyepi.

Persoalanya bukan kenapa tiada, tetapi kenapa tidak dibawa masuk?

HONDA CB150Rhonda-cb150r-streetfire-special edition-mekanika honda cb150r

Ini adalah street bike yang popular di Indonesia. Terbaru, PT Astra Honda Motor (AHM), pengedar jenama motosikal Honda di Indonesia memperkenalkan Honda CB150R StreetFire Special Edition. Model edisi istimewa itu ditawarkan dengan tambahan Rp1 juta (RM310) berbanding model standard CB150R StreetFire.

Dijual pada harga Rp26.4 juta (RM8,180), model street bike berkenaan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Raptor Black dan Speedy White.

Dari segi mekanikal,  CB150R StreetFire Special Edition masih menggunakan enjin sama. Enjin DOHC bersesaran 150cc dengan transmisi 6 kelajuan sepertimana pada Honda RS150R.

SUZUKI GSX-150S

suzuki-gs150

Kita semua akur tentang keadaan Suzuki Assemblers Malaysia yang telah menamatkan operasi pemasangan motosikal tempatan di Pulau Pinang. Untuk berharap model GSX-150S ini masuk ke pasaran Malaysia mungkin malap sikit.

Kesian juga dengan Suzuki ni. Padahal motosikal mereka memang bagus kalau dibandingkan dengan tiga lagi seteru Big four jenama Jepun.

Nasib memang tak menyebelahi mereka dan kami sangat berharap ada pelabur baru mengambil alih sepenuhnya hakmilik Suzuki di Malaysia

DRB-HICOM, SIME DARBY atau Kumpulan NAZA misalnya?

Suzuki GSX-S150 adalah varian naked terbaru yang diperkenalkan Suzuki bersama model GSXR150 (dan GSXR125). Ia dikuasakan oleh enjin 150cc dengan keluaran 14.1kW @ 10,500rpm dan tork maksimum 14.0Nm @ 9,000rpm.

Kalau dibuat perbandingan terus, kuasa dan tork tersebut lebih baik dari apa yang dihasilkan oleh Honda dan Yamaha

  • Suzuki GSX-S150 :1kW @ 10,500rpm & 14Nm @ 9,000rpm
  • Honda CB150R : 4kW @ 9,000rpm & 13.8Nm & 7,000rpm
  • Yamaha V-ixion :2kW @ 8,500rpm & 14.5Nm @ 7,500rpm

YAMAHA M-SLAZ / XABRE / TFX

Yamaha-M-Slaz-Thailand-mekanika

Dan ini adalah motosikal terakhir yang kami juga tidak tahu kenapa tidak dibawa masuk oleh Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) walaupun di Indonesia, Thailand dan Vietnam, motor ni dah berkulat dah.

Hong Leong Yamaha sehingga hari ini boleh berbulan madu kerana mereka tidak dicabar sesiapa pun dengan FZ150i. Sejak generasi kedua facelift diperkenalkan dengan lebih sporty, FZ150i terus mengungguli jualan motosikal sport naked  di pasaran.

Namun kami rasa masih ada ruang untuk varian FZ itu sendiri ditingkatkan. Misalnya memperkenalkan varian R15 ATAU M-SLAZ/XABRE/TFX. Sebagaimana Indonesia ada pilihan V-XION R15, XABRE dan R15.

Baru-baru ini, Yamaha Vietnam telah melancarkan Yamaha TFX-150 dengan harga VND 79,900 atau RM14,919.yamaha tfx 150 vietnam (9)

Mahal? Sudah tentu, RM15,000 bukanlah nilai sebuah FZ150i. TFX 150 merupakan model tingkat taraf darjat tertinggi FZ yang dikenali dengan nama M-Slaz di Thailand dan Xabre di Indonesia. Ia dipasangkan dengan enjin 150cc, 16 kuasa kuda @ 8,500rpm dengan tork 14.3Nm @ 7,500rpm.

Antara ciri menarik yang membezakannya dengan FZ ialah sistem suspensi depan teleskopik USD, suspensi belakang monocross, lampu depan dan belakang LED, paparan instrumentasi meter digital penuh yang lebih menarik dan rim lebih lebar.

JADI KENAPA MODEL-MODEL INI TIADA DI PASARAN?

Kami pun nak tanya soalan yang sama. Malangnya kami sendiri tiada jawapan. Namun yang demikian, kami ada teori bagi persoalan ini.

HONDA

Jika anda perasan, sejak kemasukan pasukan pengurusan baru Boon Siew Honda awal tahun ini, mereka lebih banyak memperkenalkan model baru dan promosi meluas berbanding sebelum ini.

Kebarangkalian untuk menerima masuk model-model yang mungkin dianggap niche oleh perancang produk dan pemasaran mereka sebelum ini mungkin ada. Cuma ia tentang waktu. Sehingga kami dapat jawapan yang kukuh, kami akan kongsikan bersama anda.

Honda memang sedang gigih dan mereka bakal membawa masuk CBR 250RR. Itu jawapan yang pasti. Bagi model CB150R, ia mungkin ambil sedikit masa kerana mereka baru bermula menjual RS150R.

SUZUKI

Sebenarnya kami sendiri tak nampak masa depan motosikal Suzuki di Malaysia. Selagi ia berada di bawah Suzuki Assemblers Malaysia, kelihatannya Suzuki hanya akan menumpukan pada motosikal berkuasa tinggi sahaja.

Melainkan, ada pelabur baru – dari situ kita boleh jangka hala tuju Suzuki.

YAMAHA

HLYM hari ini menguasai pasaran tertinggi jualan motosikal di Malaysia. Mereka sekarang berada pada kedudukan yang sangat selesa dan secara teorinya, motosikal yang mereka jual sudah lengkap.

Ada Lagenda, LC135, Nuovo, Y15ZR, Avantis, 125Z, FZ150i N-MAX, NVX (akan datang), MT-07/09, Tracer, XSR900 dan XJ6. Pasaran ini yang paling tinggi permintaannya dan nasib memang menyebelahi mereka.

Jadi untuk melihat mereka membawa masuk M-SLAZ atau R15 menurut teori kami adalah tipis. Buat apa jual motor yang sama sedangkan mereka tak bersaing dengan pengeluar lain pun?

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button