Motosikal

INILAH 5 MOTOSIKAL TERBAIK INDONESIA 2016

Forum Wartawan Otomotif Indonesia (FORWOT) telah mengumumkan senarai motosikal terbaik Indonesia bagi tahun 2016. Anugerah yang dinamakan Forwot Motorcycle of the Year (FMY) ini merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memilih motosikal terbaik bagi setiap kategori.

Indonesia merupakan pasaran penting motosikal moped, underbone dan naked bawah 150cc di rantau ini. Justeru tidak tidak hairanlah, setiap pengeluar cuba menghasilkan produk terbaik dalam segmen masing-masing bagi pasaran negara 300 juta penduduk ini.

yamaha tfx 150 vietnam (2)
yamaha Xabre, tidak dipasarkan di sini, kembar terdekatnya Yamaha FZ150i

Berbeza dengan anugerah yang biasa kita lihat yang dianjurkan oleh satu-dua badan tertentu, FMY dipilih oleh 25 juri bebas yang merupakan wartawan yang berpengalaman dalam industri 2 roda. Mereka terdiri dari penulis media online, akhbar harian, kolumnis permotoran dan majalah motosikal.

Sebanyak 5 motosikal dipilih yang ditentukan menerusi kriteria seperti rekabentuk, prestasi, ciri-ciri, keselesaan, keselamatan, pengendalian dan harga. 5 motosikal terakhir ini juga adalah yang terbaik bagi kategori skuter automatik, sport fairing, dual-purpose, sport underbone dan naked.

all-new-satria-f150-injeksi-2017-mekanika (5)
Suzuki Satria Fi atau tempat kita panggil Suzuki Belang

Motosikal perlu diedarkan oleh Agen Pemegang Merek (APM), sesuatu seperti persatuan pemegang jenama utama. Model-model tersebut mestilah dihasilkan dari September 2015 hingga Ogos 2016.

Anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada AISI- Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (Persatuan Industri Motosikal Indonesia) sebagai satu badan yang sentiasa berusaha menghasilkan produk terbaik untuk pasaran tempatan. Apatah lagi di saat ekonomi yang lembap dan suram.

Honda-BeAT-Indonesia-mekanika (3)
Honda Beat

5 motosikal finalis tersebut ialah Honda BeAT, Honda CBR150R, Kawasaki D-Tracker X, Suzuki Satria F150, dan Yamaha Xabre.

 Kelima-lima senarai akhir ini akan dipilih sekali lagi motor terbaik 2016 yang dikenali dengan gelaran Best Of The Best.

Pada peringkat akhir ini, setiap juri akan diperuntukkan 25 markah maksimum bagi setiap motosikal. Motosikal dengan mata tertinggi akan merebut gelaran Best Of The Best 2016. Juara untuk tahun 2016 ini akan diumumkan pada 4 November nanti di Jakarta.

honda cb150r
Honda CB150R

 

Tags
Google ads
Back to top button