Artikel Pilihan

VINFAST PRESIDENT – SUV MEWAH CARA VIETNAM

Walaupun usia pengeluar VinFast ini baru setahun jagung dalam arena pembuatan kenderaan, namun mereka tampaknya mahu jalan terus tanpa menoleh ke belakang. Tidak mahu ketinggalan. Kini, pembuat dari Vietnam ini bersedia untuk menawarkan pula model SUV Mewah Kemegahan pula, VinFast President.

Jikalau sebelum ini mereka telah pun memperkenalkan sebuah model SUV khusus untuk marhaen, VinFast Fadil, kini mereka mahu meneroka pasaran yang lebih mewah dan ekslusif. Maka terhasilah VinFast President ini. Melihatkan penampilan rekaan luaran model ini barangkali kita boleh bersetuju betapa ianya sesuai dengan reputasi yang diberikan.

This image has an empty alt attribute; its file name is Vinfast-President-Mekanika.jpg

Suka untuk Brader Karrager kongsikan, firma VinFast ini ditemukan oleh warga Vietnam yang sangat kaya, Pham Nhat Vuong namanya. Beliau bercita – cita tinggi sewaktu menubuhkan VinFast. Sudah tentu beliau berhasrat melihat jenama VinFast mampu melebarkan sayap hingga ke pasaran Amerika Syarikat. Maka, pembinaan VinFast President ini adalah antara langkah awal.

Sungguh pun demikian, SUV Kemegahan ini hanya dikhususkan untuk pasaran domestik Vietnam sahaja buat masa ini dengan hanya 500 unit sahaja akan dibina. Jelas sekali sasarannya adalah untuk golongan bangsawan dan juga Jutawan Kosmetik Vietnam sahaja.

Sudah tentu VinFast ini tidak dibina berdasarkan pelantar sendiri. Iyalah, walau sekaya mana pun, sudah tentu tidak berbaloi untuk membinanya sendiri. Maka VinFast President ini telah dibina berdasarkan pelantar daripada model BMW X5 F15. Tapi melihatkan hasil akhir President ini ternyata ianya kelihatan sama hebat seperti model SUV dari Jerman itu.

Boleh dikatakan, VinFast ini lebih kepada untuk penumpang. Paling ketara apabila penggunaan bumbung panoroma bersaiz besar khusus untuk penumpang belakang. Tempat duduk pula dibalut kulit Nappa upholsteri yang mewah. Kalau dilihat bahagian luaran, President ini mempunyai titik roda yang panjang, maka sudah tentulah keselesaan di bahagian penumpang belakang tidak dapat disangkal lagi

Ruangan kabin bahagian hadapan juga kelihatan mewah tapi masih lagi minimalis tanpa terlalu sarat dengan pelbagai butang yang merepek. Sudah tentu sistem infohiburan dengan skrin sesentuh bersaiz 12.3 inci paling menyerlah. Dan kemasan kayu yang terdapat pada papan pemuka berupaya menonjolkan imej sebuah kenderaan mewah.

Menggerakkan SUV yang besar ini sudah tentu tidak boleh menggunakan enjin yang biasa biasa. Maka, enjin bersumberkan daripada GM 6.2 liter V8 telah dipilih. Dia punya kuasa jangan cakaplah, 420 HP dengan tork 624 Nm yang dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan serta hadir dengan sistem AWD. Manakala dari segi keselamatan ianya turut dilengkapi dengan ABS, EBD, Traction Control, Hill Descent Control, Hill Start Assist & Roll-over Mitigation, Blind Sspot Warning, Lane Departure Warning serta enam beg udara.

Walaupun dikhabar model ini hanya akan berada untuk pasaran tempatan terlebih dahulu, namun VinFast telah menyasarkan untuk memasarkan President ini ke pasaran Amerika Syarikat pada tahun hadapan. Memang bercita – cita tinggi. Harga yang diletakkan berada pada aras USD164,000 (RM678,468).

BACA : VINFAST FADIL AKAN BERADAI DI JALANRAYA VIETNAM

BACA : VINFAST – INILAH 2 MODEL KERETA NASIONAL PERTAMA VIETNAM

Google ads

B K

Back to top button