
FORD F-150 BERGESEL DENGAN SUPERBIKE. CUBA LARIKAN DIRI
Segelintir pemandu tidak begitu menghiraukan penunggang motosikal di atas jalan raya. Bahkan, sikap tersebut boleh mengundang insiden tidak diingini berlaku.
Dalam rakaman video ini, tindakan pemandu Ford F-150 di lebuh raya kemungkinan akan membuatkan darah anda mendidih.
Ia berikutan jentera F-150 berkenaan cuba memintas sebuah superbike. Bagaimanapun, ketika memintas bahagian belakang trak berkenaan bergesel dengan motosikal terbabit.
Penunggang cuba mengimbangi diri tetapi tidak berjaya dan terbabas sehingga ke konkrit tepi jalan.
Salah seorang rakan yang merakam pengembaraan tersebut memberhentikan jentera dan memeriksa keadaan rakannya dan mendapati dia selamat.

Beberapa pengguna jalan raya turut memberhentikan kenderaan mereka memberi bantuan kepada penunggang itu.
Dua lagi penunggang motosikal telah mengejar F-150 yang cuba melarikan diri. Salah seorang daripada mereka melaporkan kejadian pada pihak polis dan pemandu trak ditahan beberapa kilometer dari lokasi kemalangan. –carscoops.
- BACA: PELUMBA SUPERBIKE BRITAIN, BEN GODFREY MAUT DI DONINGTON PARK
- BACA: SEMPAT RAKAM AKSI DENGAN MOTOSIKAL. INFLUENCER JUTAWAN RUSIA MAUT KEMALANGAN
- BACA: KEMALANGAN PALING PELIK DALAM SEJARAH AUTOMOTIF
- BACA: LELAKI SAMAN HARLEY-DAVIDSON. MODEL ELECTRA GLIDE CLASSIC KUAT BERGOYANG, SEBABKAN KEMALANGAN