Motosikal

ISU AUTOPILOT: KELUARGA MANGSA KEMALANGAN MAUT MOTOSIKAL SAMAN TESLA

Keluarga kepada seorang penunggang motosikal yang maut selepas dilanggar sebuah Tesla Model 3 bertindak memfailkan saman terhadap jenama kereta elektrik itu. 

Tindakan tersebut diambil ekoran mangsa dilanggar Model 3 yang sedang dipandu dalam mod Autopilot. 

Ini bukan kali pertama Tesla disaman oleh keluarga atau individu yang terbabit dalam kemalangan dengan kereta jenama berkenaan.

Mangsa, Landon Embry dilanggar Tesla Model 3 yang dipandu dalam mod Autopilot pada 2022. Keluarga Embry menuntut saman tersebut dan mendakwa perisian bantuan pemanduan (driving assistant) dan ciri keselamatan lain pada kereta tersebut tidak berfungsi dengan baik.

Menurut laporan, Tesla Model 3 tersebut dipandu dalam kelajuan sekitar 120km/j sebelum menghentam bahagian belakang motosikal Harley-Davidson milik Embry. 

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak jauh dari motosikal. 

Tesla menerima kecaman dari pelbagai pihak berkaitan dengan sistem Autopilot ditawarkan. Pihak NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) juga turut menjalankan beberapa siasatan berkait dengan kemalangan yang berpunca dari sistem tersebut. 

Google ads
Back to top button