TESLA MALAYSIA MULA SERAH TESLA MODEL 3 KEPADA PELANGGAN
Tesla telah memulakan penghantaran Tesla Model 3 varian RWD dan Long Range facelift kepada pelanggan di Malaysia di ibu pejabat Tesla Malaysia Cyberjaya.
Tesla berkata Model 3 didatangkan dengan lebih rangkaian, tunggangan yang nyata lebih senyap dan lebih banyak ciri tanpa menjejaskan prestasi.
Tambahnya lagi, dengan penghantaran Model 3 di Malaysia, ia menandakan satu langkah kritikal dalam misi Tesla untuk mempercepatkan peralihan dunia kepada tenaga mampan di negara ini.
Untuk rekod, Tesla Model 3 boleh mengecas sehingga 282km dalam masa 15 minit sahaja memberikan pengalaman pengecasan yang lancar kepada semua pemilik Tesla.
Selain itu, Tesla turut melancarkan Pusat servis Cyberjaya Tesla yang terletak di Persiaran APEC, Cyber 6.
Pusat ini dilengkapi dengan keluasan sekitar 22,000 kaki persegi dan menyediakan pengalaman perkhidmatan sehenti kepada pemilik Tesla.
Di samping itu, pusat ini juga menyediakan sokongan over-the-air (OTA), talian hotline pemilik 24/7 manakala pemilik boleh membuat janji temu melalui aplikasi mudah alih Tesla.
Bukan itu sahaja, Tesla dalam masa sama melancarkan pakej Premium Connectivity dengan langganan bulanan RM35.99 sahaja.
Pakej berkenaan akan meningkatkan lagi pengalaman pemanduan, menyediakan akses kepada ciri yang memerlukan penggunaan data — termasuk penstriman muzik dan media, serta visualisasi trafik secara langsung.
Pemilik juga dijemput untuk menyertai Tesla Owners Club Malaysia untuk menikmati keistimewaan daripada pelbagai rakan kongsi Tesla.
- BACA: PEMILIK TESLA MODEL Y DI MALAYSIA LUAH KEKECEWAAN, SISTEM INFOTAINMENT ROSAK TELAN KOS RM40K
- BACA: TESLA MODEL 3 RASMI DILANCARKAN, DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM189K
- BACA: STESEN ‘SUPERCHARGER’ TESLA RASMI DIBUKA DI SUNWAY BIG BOX, JOHOR
- BACA: IBU PEJABAT TESLA RASMI DIBUKA – BERPERANAN SEBAGAI PUSAT SEHENTI