Buletin

TESLA BAKAL BUKA TEMPAHAN TESLA MODEL 3 OKTOBER NANTI, ANGGARAN HARGA RM160K

Selepas secara rasmi melancarkan Tesla Model Y untuk pasaran tempatan, terdapat laporan mengatakan bahawa Tesla bakal membuka tempahan bagi Tesla Model 3 pada bulan Oktober nanti.

Menurut laporan, anggaran harga bagi Tesla Model 3 adalah sekitar RM160,000.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lebih terperinci mengenai sama ada model sedan berkenaan didatangkan setelah melakukan facelift kecil atau Tesla Model 3 generasi baharu.

Merujuk kepada model semasa, Tesla Model 3 juga mempunyai tiga varian iaitu RWD, AWD Long Range dan AWD Performance.

Tesla Model 3 RWD dikuasakan oleh motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang, berupaya menghasilkan 279hp dan tork 420Nm. Sementara jarak gerak pula ditawarkan sehingga 405km (data WLTP).

Manakala bagi model Tesla Model 3 AWD Long Range, ia dipacu motor elektrik berkembar, pacuan semua roda, menghamburkan kuasa 491hp, tork 493Nm dan jarak gerak 485km (data WLTP).

Bagi Tesla Model 3 AWD Performance, ia dijana oleh motor elektrik berkembar, pacuan semua roda, menjana kuasa 526hp, tork 660Nm dan menawarkan jarak gerak 460km (data WLTP).

Untuk harga di pasaran A.S. dan China, Tesla Model 3 boleh dimiliki pada harga bermula AS$40,240 (RM183,192) dan 231,900 RMB atau bersamaan RM146,944.

Dengan anggaran harga sekitar RM160,000 hingga RM170,000 apabila tiba di pasaran tempatan kelak, pastinya ia akan menjadi sangat kompetitif bagi Tesla Model 3. – Automachi

Google ads
Back to top button