
PEMILIK BINGUNG BILA “PEDAL MINYAK” TESLA HAMPIR PUTUS DUA – EH DIA MANA PAKAI MINYAK
Pedal pendikit atau sebelum ini dikenali sebagai pedal minyak merupakan antara komponen yang paling banyak digunakan dalam sesebuah kenderaan. Ia sepatutnya tahan lasak dan mesti sentiasa berfungsi dengan baik. Tapi seorang pemilik Tesla Model 3 dilanda kebingungan kerana pedal pendikit keretanya patah dua dan hampir putus. Jadi sebagai seorang netizen aktif, beliau segera mengambil gambar dan berkongsinya di internet.

Kereta milik beliau merupakan Tesal Model 3 Long Range 2021. Gambar pedal yang hampir putus itu telah dikongis di Reddit dengan status “ Rasanya tak adalah kuat sangat saya tekam…”. Pemilik kemudian meminta pandangan pemilik Model 3 yang lain jika mereka pernah mengalami masalah yang sama.
Sebagai makluman, pedal pendikit pada Tesla diperbuat daripada bahan plastik polimer berongga. Jadi kalau dah namanya plastik sudah tentu ia tidak akan mempunyai kekuatan yang sama dengan logam.
Tapi sebenarnya banyak je komponen kenderaan lain yang diperbuat daripada plastic polimer dan tak pernah menimbulkan masalah. Mungkin ada kesilapan dan proses pembuatan oleh vendor kot? Takkan la Tesla nak pakai komponen cap ayam kan?
Namun carian dalam talian mendapati ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku. Sejak 2017, beberapa pemilik model S telah berkongsi pedal pendikit mereka yang hampir patah ataupun telah patah di media sosial.
Ada yang pernah dilaporkan pada 2019 oleh Forbes. Malah ada pemilik yang mencadangkan supaya Tesla menambah kolum besi atau logam pada pedal pendikit agar ia lebih kukuh dan memberikan ‘feel’ yang lebih baik.
Memang la nak kurangkan kelajuan tak perlu tekan pedal pendikit tapi ingat tak bahaya ke kalau dibuatnya patah masa sedang laju dan tersangkut pula kasut. Naya wei naya. Harap-harap ada penyelesaian la untuk masalah macam ni. Kalau nak jimat berat pun sekurang-kurangnya pastikan komponen tersebut kukuh dan tahan lama.
Sebenarnya bukan Tesla je yang gunakan pedal-pedal yang dihasilkan daripada plastik ni. Ada juga pengeluar lain yang gunakan komponen yang serupa tapi kenapa jarang dengar masalah ni pada model lain?







