Buletin

ETCM DAN TCEAS UMUM BANTUAN BANJIR NISSAN – TAWAR DISKAUN 30% UNTUK ALAT GANTI, PEMULIHAN UPHOLSTERI

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS) mengumumkan program Bantuan Banjir Nissan khas kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini di seluruh negara.

Program itu menawarkan diskaun 30 peratus untuk alat ganti serta caj buruh bagi membantu meringankan beban pemilik Nissan yang terlibat. Harga istimewa pemulihan upholsteri juga tersedia pada harga RM1,655 untuk model sedan, selain RM1,988 bagi MPV, SUV, Pikap dan van.

Tawaran lain untuk ialah ansuran tanpa faedah Easy Payment Plan (EPP) sehingga 12 bulan daripada jumlah bil dan 6 bulan atau waranti 10,000km (mana yang tiba dahulu) untuk penggantian alat ganti tulen Nissan.

Perkhidmatan lanjutan seperti tunda percuma (mengikut terma dan syarat), Towing Pintu ke Pintu untuk kenderaan yang terjejas teruk dan perkhidmatan Collect & Delivery pada hujung minggu juga disediakan.

NISSAN dan Tan Chong ingin meyakinkan pelanggan bahawa ketenangan fikiran amat penting kepada serta bersimpati dengan kerugian yang dialami oleh mangsa banjir.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-88- 3838.

Google ads
Back to top button