Buletin

VW AMAROK POWER-PICKUP

Volkswagen Commercial Vehicles mengujakan pengunjung acara pertemuan tahunan para peminat GTI di Tasik Wörthersee, Austria baru-baru ini apabila memperkenalkan model konsep Amarok Power-Pickup. 

Amarok Power-Pickup dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 3.0 liter V6 TDI yang mampu menjana kuasa sehingga 272PS dan 600Nm Tork. Prestasi 0 hingga 100 km/j hanya memakan masa 7.9 saat. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan kotak gear 4MOTION sepenuh masa.

Amarok_Power_Pickup_03

Varian Power-Pickup dibina berasaskan kepada model Amarok single cab. Ia direka sebagai sebuah bengkel bergerak untuk membawa alat-alat ganti kenderaan, peralatan dan kelengkapan perlumbaan.

Amarok_Power_Pickup_07

Penampilan luarannya menyerlah dengan arca roda yang telah dilebarkan bagi menempatkan rim aloi bersaiz 22 inci. Suspensinya direndahkan sebanyak 80mm. Sementara lampu utamanya jenis bi-xenon yang dikelilingi oleh kemasan krom, gril berwarna krom dan ruang pengambilan udara diposisikan lebih rendah.

Bahagian belakang pula dipasang dengan penyerap udara (diffuser) yang diperbuat daripada gentian karbon dan ekzor berkembar. Lampu belakangnya digelapkan dan bahagian sisinya ditampal dengan pelekat berwarna hitam putih.

Amarok_Power_Pickup_01

Pada ruang kabin, papan pemuka, kemasan pintu serta tempat duduk yang dibalut kulit Nubuck mempunyai tema warna hitam, merah dan putih. Sementara hiburan pula disediakan oleh satu sistem infotainmen yang terdiri daripada skrin sentuh bersaiz lapan inci dan subwoofer 500 watt.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button