Peranti

KECANGGIHAN HTC ONE

Sememangnya industri telefon pintar tidak pernah sesengit sekarang. Walaupun kek pasarannya besar, namun setiap pengeluar peranti itu perlu lebih inovatif demi mampu terus menarik perhatian pengguna. 

HTC bukanlah nama baru dalam industri pembuatan telefon. Malah, jenama dari Taiwan itu dikenali sebagai peneraju dalam aspek inovasi dan reka bentuk produk keluarannya.

Baru-baru ini, HTC memperkenalkan telefon pintar tercanggihnya, HTC One. Sebagai pertaruhan terbaharu dalam pasaran, HTC One hadir dengan cukup bersedia dari segi penampilan dan perisian yang ada padanya.

SONY DSC

Telefon pintar ini nyata solid dengan kerangka unibody aluminium yang kemas tanpa sebarang ruang (gap). Dalam HTC One, terdapat tiga inovasi utama yang membezakannya dengan telefon pintar lain. Jadi, anda perlu tahu tentang HTC Blinkfeed, HTC Zoe dan HTC Boomsound.

HTC Blinkfeed  

Ciri ini membolehkan anda memiliki penstriman secara langsung pada home screen secara personal. Maksudnya, HTC Blinkfeed memberi pengalaman baru yang mengubah home screen kepada satu penstriman personal secara langsung semua informasi berkaitan seperti kemas kini laman sosial, hiburan, gaya hidup, berita dan imej.

HTC-ProductDetail-Overview-Container2-02-bg

HTC Blinkfeed membuatkan anda tidak lagi perlu membuka aplikasi berbeza untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Ia menyediakan kandungan terkini daripada sumber paling relevan dan menarik. Jadi, pengguna boleh melihat semua kandungan tersebut di satu tempat sahaja.

Bagi menjadikan HTC Blinkfeed lebih dinamik, HTC akan menyediakan kandungan dalam dan luar negara daripada lebih 1,400 sumber media dengan 10,000 artikel. Antara sumber media itu termasuklah ESPN, MTV, Vice Media, Cool Hunting, Reuters dan banyak lagi. Maklumat lanjut mengenai rakan kandungan HTC Blinkfeed, layari HTC Blog.

HTC Zoe

Kamera UltraPixel HTC benar-benar mendefinisi kembali mengenai bagaimana kita merakam dan berkongsi momen-momen indah. Menerusi HTC Zoe, anda boleh merakam gambar beresolusi tinggi yang ‘hidup’ dalam bentuk snippet berdurasi tiga saat.

Zoe, foto dan video ini dipaparkan dalam gaya yang unik, sekali gus menjadikan galeri lebih hidup. Dalam erti kata lain mengubah galeri tradisional menjadi satu galeri bergerak.

HTC-ProductDetail-Overview-Container4-02-bg

Bukan itu sahaja, ia turut merangkumkan momen-momen penting daripada setiap acara  secara automatik. Zoe, foto dan video itu kemudian tersebut disunting secara profesional dari segi transisi dan kesan khasnya.

Video-video ini juga boleh disunting kembali atau diset menggunakan tema berlainan. Selain boleh dikongsi dengan mudah menerusi rangkaian sosial, e-mel dan banyak lagi.

Bagi merealisasikan pengalaman kamera inovatif ini, HTC telah membangunkan kamera khas yang merangkumi lensa dengan apertur F/2.0 (terbaik dalam kelasnya). Sensor dengan UltraPixel juga berupaya mengumpul lebih 300 peratus cahaya berbanding sensor kamera telefon pintar konvensional.

Selain boleh merakam video 1080p, kamera HTC UltraPixel juga ditambah dengan pelbagai ciri dan efek lain seperti panorama 360’, penjujukan masa dan kemampuan membuang objek yang tidak dikehendaki dalam gambar.

HTC BoomSound

HTC One_Stealth Black, Glazier Silver

Percaya atau tidak, HTC One menawarkan pengalaman audio terbaik berbanding  mana-mana telefon pintar yang ada di pasaran sekarang. Buat pertama kalinya pada telefon pintar, HTC BoomSound memperkenalkan pembesar suara yang diletakkan pada bahagian hadapan. Ia lengkap bersama amplifier dan paparan HD.

Integrasi Beats Audio menawarkan bunyi yang mengagumkan sama ada untuk mendengar muzik, bermain permainan video atau menonton video daripada YouTube. Rakaman HDR menggunakan mikrofon berkembar dan pemproses audio untuk merakam bunyi berkualiti ketika merakam video berdefinisi tinggi.

Bunyi ketika menerima atau membuat panggilan juga semakin jelas dengan HTC Sense Voice.

HTC Sense TV

Ciri ini menukar HTC One menjadi alat kawalan jauh untuk kebanyakan TV, Astro atau kotak penerima lain. Sense TV juga membuatkan kerja untuk mencari rancangan kegemaran anda semakin mudah.

11SenseTV

HTC One dengan pelan kadar sudah pun ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan komunikasi seperti Celcom, DiGi, U Mobile dan Maxis. Anda juga boleh mendapatkannya di semua cawangan Sen-Q di seluruh negara.

Didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan perak, harga yang ditawarkan untuk HTC One adalah RM2,299 (32GB) dan RM2,499 (64GB).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.htc.com

[hr]

Galeri

download_2SONY DSCSONY DSC SONY DSCHTC- slider luarHTC-ProductDetail-Hero-slide-05HTC-slider dlm (2) 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button