Artikel Pilihan

SUMBANGAN LOTUS KEPADA SATRIA GTI BUKAN SEDIKIT – GENG BAIK BELI SILA KE TEPI

Proton satu ketika dahulu pernah mengejutkan dunia kerana membeli syarikat Lotus pada tahun 1996. Proton mengambil peluang untuk menyerap teknologi Lotus ke dalam proses R&D mereka. Ia juga satu peluang yang baik untuk membangunkan model-model istimewa mereka dan yang terbaik semestinya Satria GTI.

Satria diasaskan daripada Mitsubishi Mirage generasi keempat dan pada awalnya ditawarkan dengan pilihan enjin 1.3 hingga 1.6 liter. Merasakan enjin-enjin tersebut tidak cukup berkuasa, Proton memilih enjin 1.8 liter I4 daripada Mitsubishi.  Ia merupakan enjin yang sama digunakan oleh Lancer GSR tetapi mereka memilih versi NA untuk GTI. Ia berupaya menjana 133 hp dan sudah mencukupi untuk sebuah hatchback dengan berat 1.1 tan.

Sebagai pengeluar kereta untuk kegunaan rakyat jelata, Proton terpaksa menghadkan kos pembangunan Satria GTI ke tahap paling minimum. Lotus menggunakan keseluruhan komponen sedia ada walaupun pada masa yang sama terpaksa menaik taraf beberapa komponen penting.

Paling penting ialah komponen  brek yang menyaksikan tetapan asal digantikan dengan versi yang lebih baik membolehkan pemandu menyerang selekoh dengan lebih mantap. Bar penstabil dipasang di hadapan dan belakang bagi membantu mengukukan lagi chasis selian mengurangkan agihan berat keseluruhan ketika muatan penuh.

Tetapan suspensi asal Mitsubishi dikekalkan tapi jurutera Lotus bekerja keras untuk memastikan Satria GTI mampu bersaing dengan lawan seperti Peugeot 206 GTi dan Citroen Saxo VTS. Lencana “Handling by Lotus” adalah amaran awal kepada bakal pembeli dan lawan tentang keupayaan kereta ini.

Selain menaiktaraf Satria dari sudut suspensi dan kuasa, Lotus turut menjalankan proses solekan luar dalam. GTI mempunyai spoiler berbeza di belakang dan bahagian bampar depan dan belakang direka semula. Ia bagi mengurangkan seretan dan membantu menjimatkan bahan api sekaligus meningkatkan kelajuan. Sebagai pelengkap, penutup arca roda ala rali dipasang sebagai sebahagian dari kit badan GTI.

Satu je yang kami rasa kurang kena sikit pada Satria GTI ni. Tip ekzos bentuk empat segi berkembar tu. Memang nampak moden tapi entah la, kami je tak berkenan kot.

Imej sporty GTI diserlahkan lagi dengan rim-rim bersaiz 16 inci yang kemudiannya dipadankan dengan tayar-tayar Pirelli. Ya Pirelli tuan-tuan, bukan tayar buatan Guanzhou. Tema sporty berterusan ke dalam kabin dengan tempat duduk Recaro dan bentangan meter yang berbeza dari Satria nenek abang bawa pergi pasar.

Kalau ada kemampuan dan jumpa satu yang masih dalam keadaan standard baik beli cepat-cepat. Ini antara permata daripada Proton yang memang tak akan muncul lagi dah.

Kredit kepada carbuzz.com

Google ads
Back to top button