Buletin

VW & TARIK JEANS LANCAR KOLEKSI MODERN NOSTALGIA PT.2. KEMEJA-T BERMULA RM79 SAHAJA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan jenama pakaian denim jalanan tempatan, Tarik Jeans telah melancarkan koleksi kedua yang dikenali sebagai Modern Nostalgia pt.2.

Kerjasama yang bermula pada Februari lalu itu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang tapir yang kian pupus.

Sama seperti koleksi pertama, Modern Nostalgia pt.2 hadir dalam jumlah terhad.

Jika Modern Nostalgia menampilkan model-model Volkswagen dengan elemen rekaan vintaj Tarik Jeans, koleksi Modern Nostalgia pt.2 mengambil inspirasi daripada kehidupan bengkel yang rugged.

Rekaannya kini beralih kepada warisan perlumbaan Volkswagen bersama warna-warna berkaitan prestasi yang disukai oleh peminat kereta.  

Koleksi itu merangkumi pakaian berkualiti tinggi seperti jaket denim pada harga RM259 sehelai, kemeja (RM159) dan kemeja-t RM79.

Koleksi penuh Modern Nostalgia boleh dibeli di laman web Tarik Jeans, Shopee dan Zalora.

50 peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan pada Hari Tapir Sedunia, 27 April 2021.

GALERI

Google ads
Back to top button