Buletin

KEMPEN ‘CATCH OF THE YEAR’ MINI COUNTRYMAN. KADAR FAEDAH 0%, BULANAN BERMULA RM2,102

MINI Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen ‘Catch of the Year’ untuk rangkaian model MINI Countryman di Malaysia.

Kempen tersebut menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk model-model seperti MINI Countryman Pure, MINI Countryman Sports, termasuklah dua varian baharu yang diperkenalkan dengan Blackline Package dan Panoramic Sunroof, MINI Countryman Plug-in Hybrid, serta MINI Countryman John Cooper Works.

Tawaran itu merangkumi kadar faedah bermula 0% (berdasarkan Straight Line Financing), penjimatan sehingga RM32,000, pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,102, serta lanjutan Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MSRI) selama satu tahun bagi model-model terpilih. Ini menjadikan tempoh MSRI berjumlah 4+1 tahun. 

Bukan itu sahaja, pemilik MINI Countryman Plug-In Hybrid juga dapat menikmati lanjutan jaminan bateri voltan tinggi yang dilanjutkan sehingga 8 tahun atau 160,000km (mana-mana tiba dahulu).

Kempen ‘Catch of the Year’ berlangsung mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 untuk unit terhad sahaja. Maklumat lanjut, sila layari  http://www.mini.my/en_MY/home/happenings/discovercountryman.html

Google ads
Back to top button