Buletin

TUKAR KERETA VOLKSWAGEN LAMA ANDA DENGAN KEMPEN TRADE-UP BY DAS WELTAUTO

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPM) baru-baru ini mengumumkan kempen Trade-Up by Das WeltAuto, program kenderaan terpakai global Volkswagen. 

Kempen itu menawarkan pemilik kenderaan Volkswagen untuk menukar kereta sedia ada dengan model baharu bersama sokongan tambahan daripada VPCM. 

Kempen Trade-Up disasarkan kepada pemilik Touran, Cross Touran, Sharan, Passat CC dan Passat B8 yang mahu membeli sebuah kereta baharu.

Menerusi kempen itu, mereka bakal menikmati sokongan trade-in tambahan sebanyak RM3,000 ke atas semua model terkini Volkswagen. Ini termasuklah Arteon R-Line, Tiguan Allspace dan Passat Elegance. 

“Berikutan maklum balas memberangsangkan yang diterima, kami perlu menawarkan peluang kepada pelanggan setia untuk menaik taraf kereta mereka. Melalui sokongan Das WeltAuto, membeli kereta baharu kini lebih mudah kerana semua proses diuruskan oleh pengedar. 

“Kami yakin kempen ini akan dapat menarik minat pelanggan yang mahu menaik taraf kenderaan masing-masing,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter. 

Das WeltAuto ditawarkan di lapan pengedar iaitu Volkswagen Puchong, Volkswagen Gombak, Volkswagen Glenmarie, Volkswagen Tebrau, Volkswagen Alor Setar, Volkswagen Juru, Volkswagen Ipoh dan Volkswagen Skudai.  

Semua kenderaan diterima untuk trade-in, serta akan menjalani 133 pemeriksaan yang dijalankan oleh juruteknik bertauliah Volkswagen. Pelanggan yang membeli kenderaan daripada Das WeltAuto juga bakal menerima jaminan lanjutan dan bantuan tepi jalan tambahan selama setahun. 

Untuk memberi ketenangan minda kepada pembeli, semua kenderaan tersebut dipasang dengan alat ganti tulen, bebas kemalangan serta bukti servis yang lengkap di pengedar sah Volkswagen. 

Google ads
Back to top button