Buletin

WESTSTAR BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA YG TERKANDAS DI MALDIVES

Seramai 18 orang rakyat Malaysia yang terkandas di pulau peranginan di Maldives telah diterbangkan pulang dari lapangan terbang Male ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan khas yang disediakan oleh Weststar Aviation.

Pernah dengar kumpulan Weststar? Dimiliki oleh bilionaire Tan Sri Syed Azman yang mempunyai rangkaian perniagaan terbesar negara dalam bidangan pengangkutan udara serta pertahanan.

18 individu tersebut termasuk pelancong dan juga rakyat Malaysia yang bekerja di Maldives, tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada awal pagi 1.35 pagi tadi menggunakan pesawat Weststar Aviation Services.

Westar dalam satu kenyataannya memberitahu bahawa misi membawa pulang rakyat Malaysia itu merupakan usahasama Westar dan kerajaan Malaysia yang ditaja sepenuhnya oleh konglomerat penerbangan itu.

“Kami berterima kasih kepada semua anggota barisan hadapan yang membantu di waktu yang sukar ini,” kata Weststar dalam satu kenyataan.

Untuk rekod Weststar Aviation Services merupakan pengendali perkhidmatan penerbangan helikopter luar pesisir terbesar di Asia Tenggara dengan perkhidmatan merangkumi negara Malaysia, Thailand, Indonesia, Morocco and Mauritania.

Google ads
Back to top button