
TESLA MALAYSIA ANJUR OPEN HOUSE 28 DAN 29 NOVEMBER – TAWAR INSENTIF DAN PENJIMATAN SEHINGGA RM27,000
Tesla Malaysia bakal menganjurkan acara Tesla Open House di semua Tesla Experience Centre pada 28 dan 29 November 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Acara itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Certified Pre-Owned (CPO), melihat pilihan kenderaan Tesla yang ditawarkan serta menikmati insentif terhad bagi memudahkan peralihan kepada pemilikan kenderaan elektrik.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memandu uji model terbaharu Tesla Model 3, Model Y dan Model Y L, selain melihat sendiri barisan kenderaan Tesla terpakai yang disahkan menerusi program CPO.
Menariknya, Tesla Malaysia turut menawarkan peluang memiliki model terpilih dengan harga bermula RM145,000, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai pelanggan untuk mempertimbangkan kenderaan elektrik jenama itu.
Bagi memudahkan urusan pembelian, khidmat sokongan permohonan pinjaman turut disediakan di lokasi, termasuk kemudahan mendapatkan kelulusan pinjaman segera.








