BuletinMotosikal

YAMAHA INDONESIA LANCARKAN Y15ZR V2 (MX KING V2) 2019

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Yamaha Y15ZR mungkin salah satu kapcai generasi baru yang mencipta trend di kalangan motosikal berkuasa kecil tempatan. Ia begitu popular dan membentuk fenomena baru di kalangan peminat motosikal bukan sahaja di Malaysia, malah hampir di kesemua rantau ini.

Yamaha Vietnam telah “merasmikan” versi kedua facelift Y15ZR pada bulan Ogos lalu. Seperti yang dinantikan ramai peminat Yamaha, ia adalah pembaharuan yang paling besar pernah dilakukan pada model ini yang melibatkan perubahan besar pada bahagian kosmetik di kelompok “kepala” hadapan.

BACA: Y15ZR vs RS150R vs BENELLI vs SYM

Ia perubahan/facelift yang agak menarik kerana motosikal ini sudah pun berada hampir empat tahun di pasaran tanpa sebarang pengubahsuaian yang besar.

Selepas Vietnam, semalam giliran Indonesia menerima model baru ini. Berikut adalah ciri-ciri perubahan pada model Yamaha MX King 2019.

1. LAMPU HADAPAN LED

Ia rekaan yang baru sepenuhnya. “Kepala” Exciter 2019 ini telah direka baru bagi menampatkan lampu yang lebih tipis dengan tiga kolum berbeza. Ia juga sudah dilengkapi dengan mentol lampu LED menggantikan mentol halogen. Selain lebih terang, LED juga menjimatkan tenaga.

Lampu isyarat membelok juga sudah datang dengan LED yang merupakan peneraju dalam kelasnya.

2. METER DENGAN SKRIN LCD

Perubahan besar yang kedua ialah paparan meter yang didatangkan dengan LCD sepenuhnya. Ia juga hadir dengan latarbelakang biru seperti Yamaha NVX, tetapi dengan saiz lebih kecil.

Paparan informasi meter ini cukup lengkap seperti kelajuan, jarak perjalanan, penggunaan bahanapi dan tolok bahanapi.

3. “KUNCI PANGGILAN” (ANSWER LOCK KEY)

Maaf. kami tak berapa jelas untuk menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu. Ini adalah fungsi yang membolehkan motosikal dikesan seperti sistem penggera. Khasnya ketika motosikal diparkir di kawasan motosikal yang banyak.

4- LAMPU “PASS LIGHT”

Sama seperti kebanyakan motosikal berkuasa tinggi, ia adalah suis lampu tinggi dengan pembalik untuk memudahkan penunggang memberi amaran kepada pemandu di hadapan.

Ia berguna untuk memberi perhatian kepada pemandu di hadapan atau trafik dari arah bertentangan.

5. SUIS PEMATI (KILL SWITCH)

Ini juga adalah fungsi yang biasa didapati pada motosikal berkuasa tinggi. Dalam segmen ini, Exciter 2019 bakal menjadi yang pertama menggunakannya.

Ia berfungsi sebagai suis pemati utama tanpa perlu memutarkan kunci.

6. TAYAR HADAPAN LEBIH BESAR

Umum mengetahui bahawa saiz tayar hadapan Y15ZR adalah yang paling kecil dalam kelasnya. Model 2019 akan menggunakan tayar bersaiz 90/80-17 bagi menggantikan saiz semasa 70/90-17.

Walau bagaimanapun, saiz roda belakang masih sama dengan 120/70-17.

BACA: 5 PERUBAHAN DIMENSI EXCITER 2019

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button
Close