Buletin

YAMAHA R9 AKAN MUNCUL 2025 

Perancangan untuk memperkenalkan sebuah sportsbike 900cc oleh Yamaha sudah pun dibangkitkan dalam tempoh setahun dua ini terutamanya selepas pelancaran YZF-R7. 

Seperti R7 yang dikuasakan enjin CP2 yang sama terdapat pada MT-07, R9 pula akan dipacu enjin CP3 yang ada pada MT-09 generasi baharu. 

Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa Yamaha akan memperkenalkan R9 sebagai model 2023/2024 namun perkembanngan terbaru mengesahkan model baharu itu akann hadir sebagai model 2025.

Ini kerana Yamaha telah mengutamakan pelancaran XSR900 GP terlebih dahulu bagi tahun 2023 sekaligus menolak debut R9 sebagai model 2025. Meskipun begitu, kami jangkakan pendedahan sulung akan dilakukan lewat 2024. 

Dalam pada itu, kami juga menjangkakan bahawa R9 akan meminjam sebahagian besar komponen yang ada pada MT-09 termasuk casis dan ‘swingarm’ selain daripada kelengkapan lain termasuk panel meter TFT dan pakej elektronik.

Bagaimanapun, daya tarikan utama R9 adalah panel badan tertutup penuh dan ergonomik yang lebih agresif ekoran ditawarkan sebagai model sportbike. Apa yang pasti, R9 akan mengikut acuan sama seperti R7 namun dengan saiz yang lebih lebar. 

Google ads
Back to top button