
MAZDA AKAN PASTIKAN ENJIN ICE TERUS RELEVAN DENGAN BAHAN API DARIPADA RUMPAI LAUT – GO MAZDA
Ketika pengeluar lain sedang sibuk berusaha untuk mengurangkan lagi emisi kenderaan Mazda pula cuba mencari jalan untuk menyelamatkan enjin ICE di diguna pakai sekarang.

Mazda mungkin terlewat menyertai ‘parti’ elektrifikasi yang sedang hangat sekarang namun mereka sebenarnya sedang bekerja keras untuk memastikan enjin ICE semakin efisyen. Alga dan rumpai laut menjadi pilihan mereka untuk diproses menjadi bahan api bio yang mungkin menjadi nafas baharu untuk kenderaan berenjin ICE.
Ia berbeza dari bahan api sintetik yang dihasilkan dengan proses sintesis hidrokarbon kepada petrol bebas karbon. Bahan api dari rumpai laut dan alga yang dihasilkan Mazda ini lebih kepada bahan api bio atau pun bio-etanol yang boleh menjadi bahan api alternatif kepada kereta berkuasa petrol seperti Mazda MX-5 Miata. Mazda bergabung tenaga dengan Universiti Hiroshima dalam membangunkan teknologi alternatif yang sudah dimulakan seawal tahun 2015.

Alga yang dimaksudkan bukan hanya sesuai untuk dijadikan bahan api bio tapi juga boleh digunakan dalam pembuatan bateri EV. Fuh dahsyat betul teknologi baharu ni.
Kelebihan alga dan rumpai laut ini ialah ia mampu membiak dengan pantas dalam pelbagai keadaan cuaca dan mampu hidup dalam air tawar dan air masin. Ia tidak memerlukan ladang di atas daratan seperti tumbuhan lain sekaligus menolak keperluan membersihkan hutan untuk membuka ladang pertanian.
Sudah tentu terdapat pelbagai isu perlu ditangani sebelum bahan api bio ini sesuai untuk digunakan pada kos yang kompetitif. Teknologi baharu seperti ini juga perlu dirancang dengan teliti supaya kos pengeluarannya tidak terlalu tinggi sebelum mampu menggantikan bahan api yang digunakan sekarang.

Cuma satu je masalah. Ini tidak neutral karbon sepenuhnya walaupun kajian menunjukkan emisi CO2 nya sangat rendah yang bakal membantu Mazda merealisasikan neutrality karbon menjelang 2035 nanti.
Mazda belum pasti bila teknologi ni boleh dinikmati umum tapi mereka sudah mula mengujinya pada jentera perlumbaan mereka yang dinamakan Mazda2 Bio Concept. Sebuah lagi jentera perlumbaan mereka ialah MX-5 Miata yang menggunakan bahan api sintetik.