
Motosikal
YAMAHA EGO AVANTIZ DAPAT WARNA BAHARU BAGI 2026 – RM5,998
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tiga warna baharu bagi skuter kompak popular Yamaha Ego Avantiz bagi tahun 2026.

Menurut HLYM dalam satu kenyataan, Ego Avantiz kini hadir dengan warna Hitam, Biru dan Hijau dan kesemua warna baharu ini sudah boleh didapati di pengedar rasmi seluruh negara dengan harga jualan RM5,998 (tidak termasuk. cukai jalan dan insurans).

Bagaimanapun selain warna, tiada perubahan lain dari segi kelengkapan dan trenkuasa yang masih lagi dipacu enjin satu silinder 125cc SOHC dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menjana 9.3hp pada 8,000rpm dan 9.6Nm pada 5,500rpm.







