Artikel Pilihan

WANITA DIPENJARA SEUMUR HIDUP SELEPAS KEJAR DAN BUNUH SASPEK LANGGAR LARI – BERBALOI KE SEMUA TU?

Ini kisah yang berlaku di AS tapi wajar kita ambil iktibar dalam dunia yang serba mencabar ni. Pada 7 Mei 2019, Kenneth Herring 62 tahun telah meninggalkan lokasi kemalangan yang melibatkan beliau dengan trak pikap Dodge Dakota yang dipandu beliau di Atlanta. Saksi kejadian, Hannah Payne kemudian bertindak mengejar Herring sebelum menghalang laluan Herring. Payne menembak mati Herring di tempat kejadian. Kini Payne dijatuhkan hukuman penjara 43 tahun akibat kesalahan yang dilakukan.

Dalam pembelaan, Payne mendakwa Herring tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan senjata milik beliau sewaktu mereka bergelut. Namun selepas siasatan dijalankan, polis mengenakan dakwaan melakukan pembunuhan, pemilikan senjata untuk tujuan melakukan jenayah, serangan dan beberapa pertuduhan lagi terhadap Payne.

Menurut pihak pendakwaan, Herring berada dalam keadaan kecemasan dan tidak stabil akibat terlibat dengan kemalangan yang berlaku. Beliau menunggu kedatangan pihak berkuasa di lokasi kemalangan selama 20 minit sebelum beredar. Payne membuat panggilan 911 dan mengejar Herring walaupun diberitahu oleh operator 911 supaya tidak mengejar trak yang dipandu Herring.

Sebelum keputusan dibacakan, pendakwa telah memainkan beberapa rakaman video termasuklah yang dirakam dari kamera badan anggota polis. Rakaman audio arahan menghentikan kejaran kepada Payne juga turut dimainkan dan jelas sekali arahan tersebut tidak dipatuhi oleh Payne.

Juri mendapati Payne bersalah atas pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan. Beliau dikenakan hukuman penjara dan mungkin akan diberikan parol. Juri hanya memerlukan masa kurang dari dua jam sebelum membacakan keputusan mereka.

Payne akan dipenjara selama 43 tahun sebelun ditawarkan parol. Masa tu mungkin usia beliau akan melebihi 60 tahun. Kira masuk usia pencen la ni. Harap kisah beliau ni akan menjadi tauladan kepada sesiapa sahaja yang nak merasa menjadi adiwira.

Satu peringatan juga untuk kita semua lebih-lebih lagi sekarang ni tengah panas dengan kematian yang melibatkan seorang pelajar sekolah. Dalam insiden seumpama ini kepercayaan haruslah diberikan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat segala macam kemungkinan. Jangan sesekali mengambil tindakan sendiri macam minah ni. Sanggup ke kalau kena penjara sampai 43 tahun macam mangkuk ni?

Google ads
Back to top button